Hmmm… sejak suami saya belayar dari Isnin lepas, saya malas nak masak! So kami anak beranak yg tinggal ni makan nasi dgn sup, lauk2 yang saya freeze kan dulu, roti, apa yg ada jelah… lagipun, saya dah nak balik mesia, so mood untuk balik ke tanahair melebihi dari mood memasak.. hehe..
Resepi daging masak hitam manis mak lang azie dah lama saya cuba semenjak mak lang belum ada fotopage lagi, iaitu dari forum.cari.com.my.. saya silent reader je selama ni! Resepi ni dah jadi favourite suami saya, memang sedap! Rasanya macam ala2 rendang sikit & masak kicap tapi berempah.. Saya sarankan anda mencubanya barulah tau rasanya sedap atau tak! Sapa yang nak tengok gambar original dari fotopage maklang,
click sini yer!
Ok, saya tau, gambar daging masak hitam manis ni, berbeza betul dengan gambar set nasi tomato saya dalam entry di bawah, kesemua gambar ini menggunakan kamera yang sama, ni gambar yg diambil dibawah tempat suram, hasilnya tak lawalah, terpaksalah edit, masalahnya saya bukan jenis pandai guna photoshop, sesapa yg boleh bagi idea camna nak edit guna photoshop amatlah saya alu-alukan! Saya tau, kelemahan rumah saya ini, cahaya yang kurang, tulah selama ni gambar saya malap2, lepas dah berguru serba sedikit dgn husband saya, sis jeni dll, barulah gambar2 saya ada improvement.. saya segan selama ni pasal yg melawat fp saya ni, golongan the best photographer, tulah pasalnya saya nak improvekan gambar2 saya, malu saya dah lebih setahun kat fotopages ni tapi camtulah jugak gambar saya.. janji saya tak menipu dgn mempamerkan gambar orang lain, semuanya hasil saya sendiri.. kalau saya nak, boleh jer saya suruh husband saya yg ambik gambar2 ni semua.. tapi maleh!
Daging Masak HItam Manis Maklang (copy & paste dari maklang jugak)
(sukatan pepandai sendiri...main agak2 jer-jgn risau pasti menjadinyee)
1/2 kati daging btg pinang – dipotong dan direbus bersama kicap (air rebusan jgn dibuang)
1/2 cwn - kicap manis (cap kipas udang)
3 sudu besar cili kering yg telah diblend (ikut suka pedas, kalo nak pedas lagi..tambahlah)
BAHAN A – asingkan kepada 2 bhg. (untuk digaul bersama daging dan utk tumisan)
3 sbJintan manis ] disangai lepas tu diblend halus
3 sb Jintan putih ]
3 Bwg putih }
4 Bwg merah }diblend
sedikit Halia }
Bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/asam keping
Minyak masak
Cara
1. Daging yang dipotong/dihiris nipis – direbus bersama kicap.
(Air rebusan jgn byk sangat sbb daging keluarkan air rebusan)
2. Bila daging dah empuk, gaul sedikit dengan bhg. A, goreng kejap jer.
3. Asingkan daging ke dlm pinggan, masukkan pula lebihan bhn. A tadi utk ditumis.Masukkan cili kering (kalau suka pedas taruh lebih), kacau sebati.
4. Masukkan pula daging dan air rebusan tadi, gaul sampai rata.Taburkan asam keping,b.lwg,kkmanis dan buah pelaga.
5. Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi (maklang selalunya tambah lagi kicap bior hitam pekat)
6. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat, bulehlah diangkat
***Notes:
1. Kalau guna daging batang pinang merebusnya tak lama..
2. Jintan manis & jintan putih saya hanya gunakan serbuk, bukan biji dan saya hanya gunakan 2 sudu besar jer jintan manis & jintan putih.
3.Saya tak gunakan asam keping, saya gantikan dengan asam jawa tapi sedikit sahaja..
4. Bawang merah saya gantikan dengan 1 labu bawang besar yg sederhana saiznya.. sini tarak bwg merah..
Atuk saya kalau masak daging mesti letak bawang besar banyak-banyak, katanya untuk meneutralkan kolsterol daripada daging tu... Saya kurang pasti tentang ini, akan saya tanya lebih lanjut pada dia bila balik malaysia nanti!
sekian pada hari ini,
-zakiah z-