Salam..
Xde benda nak buat.. sajer gatal-gatal tangan buat entry ni.. huhu.. Dan bagi anda yang masih belum jelas mengenai terma Hospital Integrasi.. di sini saya akan jelaskan sedikit sebanyak mengenainya..
Hospital Integrasi ialah hospital yang menyediakan dua kaedah perubatan iaitu perubatan moden dan perubatan tradisional. Ini bermakna, para pesakit boleh memilih sama ada untuk menjalankan rawatan secara moden atau tradisional. Hospital Kepala Batas merupakan Hospital Integrasi pertama di Malaysia..
Buat masa ini, Hospital Kepala Batas menyediakan dua kaedah rawatan tradisional iaitu Perubatan Tradisional Melayu dan Perubatan Tradisional Cina. Bagi mereka yang tercari-cari kaedah rawatan selain daripada rawatan moden sedia ada, kini anda boleh mencuba kaedah rawatan tradisional yang terdapat di Hospital Kepala Batas. Langkah ini diambil memandangkan Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf kaedah perubatan tradisional yang telah diyakini keberkesanannya melalui bukti-bukti saintifik.
Itulah sedikit sebanyak penerangan dari saya.. untuk maklumat yang lebih lanjut.. anda bolehlah mendapatkannya di www.moh.gov.my