Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Nasi tomato & setnya

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Nasi tomato setnya



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 7-Nov-2007 11:32
Nasi tomato & ayam masak merah bermadu
Akhirnya... barang-barangku telah pun selamat naik kontena. Lagi sebulan sampailah kat malaysia. Ishh.. bila tengok rumah yang dah kosong ni, pastu barang dah jalan dulu, rasa makin bersemangat nak balik malaysia ni... takpe takpe... lagi 3 minggu jer.. lepas ni, bolehlah kami berjumpa dengan wajah yang kami rindui ini...



Inilah kucing kesayangan kami, namanya sporty (adik saya yang bagi nama), tapi dia tak suka exercise.. Nama glamournya TITI! Sebelum saya ke Jepun, saya yang bela TITI ni, dah jadi rakan sepermainan anak2 saya pun, dah semuanya pun hampir sebaya! Bila saya ke Jepun, mak sayalah yang ambil alih menjaganya, sampaikan dah jadi anak bongsu mak saya dah pun... Mak saya biasakan dia makan ayam & daging mentah, mak aiii... badan dia mengembang jadi belon, agaknya pasal dapat makan daging fresh, tapi yg saya perhatikan dia ni jadi garang sikit kalau asyik makan daging! Takper... nanti balik mesia kami nak gomol2 dia... Tu kalau kitorang leka, si TITI ni silap2 akan bertukar kaler & putih melepak, akibat di kalerkan dengan magic pen & dibedakkan oleh anak2 saya... adik saya lagilah, kalau dia malas nak mandikan TITI, dia bedakkan jer, janji tak bau busuk, kesianlah kawan tu terbersin-bersin!

Oklah, cukuplah cerita tentang TITI yang kami rindui. Kita berbalik pada resepi ada hari ini, nasi timato & ayam masak merah bermadu! Resepi nasi tomato ni saya dapat dari sahabat saya Diana di Ariake, la ni dia dah balik mesia. Sejak saya merasa nasi ni dirumah dia, saya dah jatuh cinta! Saya adalah nasi tomato lover! Saya memang cerewet bab nasi tomato ni.. Bila dah dapat resepi dari Diana, saya terus mencubanya, dah beberapa kali saya mencuba barulah kena dengan tekak saya... Rupa-rupanya kalau nak dapatkan nasi tomato yang sedap, kita kenalah gunakan tomato yang segar kerana yang segar ni manis, kalau yang dah tak segar ni masam sikit, pastu kena gabungkan dengan sos tomato, ada sesetengah resepi hanya menggunakan sos tomato sahaja atau sos tomato digabungkan dengan puri tomato, tak kena dengan tekak saya.. Gabungan buah tomato segar & sos tomato lagi best saya rasa!

Petua dari kak hanieliza kita
Quote:
kakliza memang masak nasi tomato gunakan buah tomato fresh..gunakan yg warna merah menyala tu...
hasilnya memang menarik hatiii...
walllaaaaaaaaaa..sodappp...

anyway..kucing itu sungguh cute..
kalau anak2 kakliza dapat..mmg kena gomol gak laaaa...
Thu 8-Nov-2007 05:16
Posted by:hanieliza - [Link]
IP: 60.48.61.83




NASI TOMATO

Beras basmathi - 2 pot (dibasuh bersih & ditoskan)
Bawang besar - 1/2 biji sederhana dihirs nipis
Bawang putih - 2 ulas besar dicincang
Halia - 3 cm dihiris nipis
Rempah penumis - kayu manis 1 1/2 inci, bunga lawang 1biji, buah pelaga 5 biji
Minyak sapi 1 1/2 sudu besar + Majerin 1 sudu besar

Buah tomato segar - sebiji sederhana besarnya, dicincang
Sos tomato 3-4 sudu besar
Garam secukupnya - utk setiap pot beras, garam 1 sudu kecil paras rata
Air pula, utk setiap pot beras basmathi, 1 1/4 pot air, utk 2 pot beras = 2 1/2 pot air, kurangkan 1/2 pot air, gantikan dengan susu cair atau susu segar

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dan majerin di dalam periuk.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & rempah penumis sampai agak garing.
3. Masukkan buah tomato cincang & sos tomato.
4. Padamkan api, masukkan bahan tumisan ini ke dalam beras didalam periuk nasi, kacau rata secara perlahan-lahan, takut beras patah.
5. Masukkan air & susu cair/segar.
6. Akhir sekali masukkan garam & gaul rata.
7. Bila nasi dah kering, taburkan kismis ke atasnya, jangan dikacau, biarkan sahaja.
8. Apabila nasi dah benar2 masak, biarkan selama 10-15 minit dalam periuk nasi, kemudian digembur dari tepi secara perlahan-lahan agar nasi tak patah-patah.

***
1. Kalau nak rasa sedap, campurkan minyak sapi & majerin, butter saya rasa kureng sikit, minyak sapi tak bergaram, majerin masin sikit so kombinasi yang baik!
2. Masa mengacau bahan2 yang ditumis ke beras adalah langkah yang paling penting, pastikan semua beras benar2 rata dengan bahan2 yang ditumis.





AYAM MASAK MERAH BERMADU


Ayam - dibersihkan, dipotong, digaulkan dengan sedikit serbuk kunyit & garam, kemudian digoreng separuh masak, ketepikan...

Bawang besar - 1 labu besar, dicincang/dihiris nipis
Bawang putih - 3 ulas besar , dicincang/dihiris nipis
Halia - 3cm, dihiris
Cili kisar - 5-6 sudu besar
Sos tomato - 4 sudu besar
Air - 1 cawan
Bawang besar - 1/2 atau 1 labu , dipotong bulat
Madu - 1-2 sudu besar
Garam secukupnya

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih & halia yang dihiris nipis tadi..
2. Setelah naik bau, masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak.
3. Kemudian masukkan sos tomato, kacau rata, kemudian dimasukkan air.
4. Masukkan ayam yang di goreng separuh masak tadi & bawang besar yang dipotong bulat, tutupkan kuali, biar sampai mendidih.
5. Bila dah mendidih, masukkan madu & garam secukupnya, bila dah masuk madu takleh biar lama atas api, nanti rasanya jadi lain, hanya biarkan mendidih sekali lagi, kemudian tutupkan api.
6. Siap dihidang.

Nota tambahan:
***Masak merah bermadu ni, yang pentingnya, cili kisar mesti melebihi jumlah sos tomato, baru ok rasanya..
***Kalau rasa kuahnya tak cukup, doublekan jumlah bawang2, cili kisar & sos tomato..


Tentang salad pulak, selalunya kalau orang buat nasi tomato ke nasi beriani ke mesti nak dimakan dengan acar kan, tapi saya tak suka makan acar pasal rasa cuka tu, saya lebih suka makan salad tomato, memang sedaplah dikenakan dengan nasi tomato ni.. Terutamanya mayonis tu, memang kena digandingkan dengan nasi ini.



Daun salad - dibersihkan & dipotong
Buah tomato - di cuci bersih, dipotong kecil2 & dibuang empulur tengahnya
Mayonis

Cara-caranya :

1. Gabungkan daun salad & tomato yang dipotong2 tadi di atas mangkuk hidang.
2. Picitkan mayonis ke atas salad ini.
3. Siap dihidang!

sekian pada hari ini,
zakiah z-



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.