| Monday, 5-Nov-2007 04:51 |
|
Masih mood raya: Tokai Gakuensai & Open house 11~14
|
|
Raya itukan sebulan. Dah lost count dah. Nih open house keberapa ni ek? Weekend ni saje ada 4 invitation. yes open house 11,12, 13 & 14. Kali ini turn2 yang berkeluarga mengajak. Before that hari Jumaat ku ke Tokai dulu yang jauh nun di sana. Diorang ada kengakusai (cam pesta konvo kat malaysia, ada jual2 tapi takde pun convonya). Disebabkan tahap kemengidaman satay ku amat tinggi, ku gagahkan jua menaiki ketapi 1 jam lebih itu. Hari Jumaat ku bermula pukul 9 pagi ada TA kelas English sampai pukul 12tengahari. Then terus ke Tokai. Sampai2 daku terus melahap 12 batang satay dan tapau 28 cucuk lagi. Ada ABC jua. Wow dua benda yg ku dah lama tak makan, dapat ku makan.
daku budak tokai
Cam biasa bila dah meramas mesra ngan budak2 nih, plan asal untuk ku bergegas pula ke Malaysian Kitchen di Shibuya untuk makan2 free sempena pembukaan semula restoren itu terpaksa ku lupakan (gomen ne Elley & Anis). Dak2 Tokai ni buat makan2 pulak malam tu kat rumah Maze. Makan & makan lagi. Niat di hati nak balik shuuden (ketapi last) tapi ampun bila dah berkumpul mana reti nak balik. So, esoknya pagi2 pukul 7pagi kena kuar rumah dengan Faer patah balik ke rumah nak salin baju pakai baju kurung dan buatkan kuih raya untuk Jannah yang telah dijanjikan.
daku budak yokohama di rumah jannah & mon di kodomonokuni, yokohama
Sepatutnya dah siap2 bawak baju sebab open house hari Sabtu ini dua2 di Yokohama, dah dekat dah ngan Tokai. Tapi terpaksalah berkorban duit tambang balik rumah sekadar 2 jam tapi masih sempat buat kuih raya snickers cornflakes satu tupperware untuk mak buyung Jannah. Sampai Kodomonokuni pukul 1230pm. Menu rumah Jannah masakan Indonesia. Nasi lemak mantap, bakso, karipap, popiah yang paling enak!!, kuih kasui yg telah kujadikan kuih lopes (siap letak ocha yg ku ingatkan kuah gula. hehehe. jadilah ochazuke!) Yang datang ramai kat rumah Jannah & Mon kawan2 kerja diorang dan budak2 Yokohama dai. Pukul 3 tepaksa mohon undur diri kerana perlu ke open house Mekti pula.
rumah mekti & mazuil di tennouchou, yokohama
45minit perjalanan ke Tennouchou. Berjanji berjumpa di Yokohama eki dengan An. Sini pun ada satay!! Borak2 ngan budak2 Keio pulak. Kenal dengan family baru. Ida & Herman and their 3 children. Borak punya borak rupa2nya ada gaklah kankei ngan Ida. Adik dia dulu belajar kat UMSL and she knows the names of my seniors masa kat US dulu. Kecik betul dunia. Dari Yokohama kembali ke rumah tapi An ajak pulak tidur rumah dia. Why not dah alang2 ku buat kembara merentas Tokyo nih. So balik rumah sekejap mandi2 ambil baju kurung untuk open house esoknya.
rumah Yani & Omar di Mogusa danchi
Hari Ahad pukul 130pm beropen house di rumah Yani (orang Singapura) dengan suaminya Omar (orang Senegal). Ada masakan daging Senegal (nama tak tahu, mintak resepi kat Yani dia tak bagi.. dia suruh kahwin orang Senegal dulu baru dia bagi.. muahahha). Me, An & Najwa tetamu pertama. Then datang 2 kawan Senegal Omar. Tak dapat nak lepak lama2 sebab perlu ke Masjid Asakusa pulak. Sempat berselisih dengan Alang & Azam dan Sam & 'fren' dia masa nak naik bas balik.
daku budak tokodai di open house Azra & Pak Ustaz di Masjid Asakusa
Me and Najwa arrived in Asakusa around 4pm. Met some familiar faces, majority budak2 Tokodai. I don't know how my stomach can take it anymore. Ku jamah mee bandung and the tidbits. Tak pernah sampai Asakusa lagi sebab tu gagahkan jua memenuhi jemputan Azra.
sampai jua akhirnya, HRC Roppongi
At 6 lebih kurang mengundur diri. Tak habis lagi agenda hari ini. Najwa dah temankan daku beropen house hari ini, turn daku menemankan dia tengok wayang. So we went to the nearest Toho cinemas which is in Roppongi. Tapi zannen deshita.. cerita yg nak ditengokkan itu Koi Zora dah sold out!! cian najwa ( Malam masih muda so kitorang decided untuk cari HRC Tokyo. Masa ada makanan free perut taknak terima tapi tetiba lapar pulak. Maka makan berbayarlah kami di HRC heheheh. And guys, kitorang jumpa satu restoren perfect untuk our next JJCM. Sila rujuk ngan cik najwa ya.
So that was my Amazing Race. 3days, 1 gakuensai, 4 open houses, 1 JJCM. Chofu-Tokai-Mogusa-Kodomonokuni-Tennochou-Mogusa-Asakusa-Ropponggi. Ingatkan sudah tamat open housenya. But I received another two invitation this weekend. Ahad ni rumah Kak Hani di Yokohama dan Sabtu depan Sabtu rumah Alang di Inadatzusumi. Who wants to tag along?
|