Sekali dalam masa tiga minggu, aku dengan Nurul akan running radio komuniti kat Fitzroy..mula-mula tu rasa macam lawak ler jugak...tapi bila dah lama-lama okay ler kot...yang paling seronok bila jadik dj ni ialah boleh pasang lagu apa yang aku suka (bukan yang pendengar suka)..of course ler aku akan pasang lagu ramlah ram...keh keh keh...kali ni Akma dan Izzah jadi tetamu undangan..so depa ni semua asyik dok bercerita tentang kuih raya, kad raya....macam-macam lagi laa...si Izzah yang tergolek dog hari tu kat tengah jalan pon bersemangat bercerita tentang pengalaman buat kuih raya..hilang semua sakit belakang..keh keh keh...macam-macam ler budak-budak ni...anyway, selamat hari raya aidilfitri..