Selalunya di akhir-akhir Ramadhan, adik beradik akan berkumpul semua...dari Bangi, Sabak Bernam dan yang rumahnya di Kuala Terengganu tapi kerjanya terbang ke KL dan Kuching macam sebelah kampung je saban hari.
Bila dah ramai-ramai begini, selalunya lauk pauk tu macam-macam la...tapi yang paling ditunggu-tunggu tentulah saat 'bergaduh' menentukan susun atur makan, maklumlah pertambahan saiz badan pasti berlaku Yang tahun lepas kecik lagi, tahun ni dah bertambah besar, dulu baby, sekarang kanak-kanak...dulu anak sorang...sekarang anak dua, dulu 65kg, tahun ni 75kg cuma ada sorang je dulu 46kg, nak raya tahun ni tinggal 40kg...
Lagi aktiviti wajib ialah solat jemaah isya', terawih, tadarus dan juga tazkirah atau usrah...ni setahun sekali atau dua kali je dapat buat dalam bulan ramadhan..