Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 26-Oct-2007 00:43

NASI IMPIT (NONA)...rebus je


Kuah Lodeh

Bahan-bahan
kacang panjang dihiris serong
kobis
sengkuang dihiris halus
4 keping tauhu - digoreng
4 keping tempe

Bahan-bahan dikisar

1/2 sudu teh jintan halus
1/2 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh ketumbar
5 batang lada kering
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang puteh
1 biji bawang besar

5 sudu makan udang kering...dikisar kering
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar dihiris
santan kotak...garam...serbuk perasa

tumis lengkuas dan bawang hiris hingga naik aromanya...then masukkan bahan2
yang dikisar tadi...tumis sampai naik minyak then masukkan udang kering...tumis lagi
dan kalau kering....bley masukkan sedikit air...masukkan sayur2an tadi dan air
mengikut sukatan korang...then masukkan santan kotak...ikut seberapa lemak yang
korang nak...kalau aku...usually aku use about 2 kotak santan...hehehe......then
add in the tempeh...biarkan dia didih kejap...then masukkan garam...serbuk perasa
...dah...senang jer...

Serunding Kelapa

tapi tak pakai jintan...pakai rempah kari daging...kalau nak nie dia resepinya...

bahan2 dikisar...
1 biji bawang
3 ulas bawang puteh
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai

4 sudu makan rempah kari daging...digaul rata ngan bahan2 yang telah dikisar

1 biji kelapa disanggar...tapi jangan terlalu kering
300gm daging cincang...disanggar untuk buangkan darahnya
1 sudu teh asam
2 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu makan gula timbang
garam...serbuk perasa...daun limau perut...daun kunyit disoyat2

tumis bahan2 yang telah dikisar tadi (yang telah digaul rata ngan rempah daging)
sehingga naik minyak...then add in air asam...kacau rata2...add in daging cincang...
garam...gula...serbuk perasa dan tumis lagi sebentar...then add in kelapa dan
daun limau perut dan daun kunyit...kacau hingga serunding nie kering dan ringan...

Sumber: : :idea: tak ingat...sorry (caya lah cedap weh!)


PECAL
Sumber: Mat Gebu – Celebrate Life with Food

Bahan Kuah:-
2 cawan kacang tanah
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
2 - 3 camca besar gula (atau lebih)
1 - 2 camca besar kicap cair
2 camca besar petis
2 camca besar cili kisar (atau boleh lebih)
1 inci ubi cekur* (saya tak letak sebab tak ada)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

Bahan Pecal:-
Kangkung, dicelur
Kacang panjang, dipatah dan celur
Taugeh, dicelur
Pucuk ubi, dicelur
Timun, dipotong kecil
Sengkuang, dipotong kecil
Tauhu, goreng dan potong dadu (tak de gak)

Cara membuatnya:-
1. KUAH PECAL:- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang kulit dan tumbuk sederhana halus. Masukkan dalam satu bekas. Satukan kesemua bahan lain untuk kuah dan kacau hingga sebati. Rasa kuahnya jika kurang manis tambah gula dan jika kurang masin, tambah kicap cair. Ketepikan.
2. PENYEDIAAN PECAL:- Dalam satu bekas, ambil setiap jenis sayur dalam kuantiti yang diperlukan. Tuang kuah dan gaul hingga rata. Hidangkan sejurus digaul untuk mengelakkan pecal berair...selamat menjamu selera!!!!


:-D (yang saya pinda skit ialah goreng bawang putih, bawang merah dan cili kering dengan minyak kemudian tumbuk....sorry memandai lak pinda) Tapi memang sedap kuah pecal ni....boleh le sesapa nak buat. ;-)


Nasi Dagang Terengganu


Gulai Ikan Tongkol, Telur dan Acar Timun

Triffle – nina suria

Bahan-bahannya:
1 litre susu segar
1 tin susu cair
1 tin krim nestle
8 s.m tepung kastad
1 cawan gula kastor
2 s.m esen vanilla
Whipped Cream (optional)
1 biji kek span (beli kedai lagi senang)
1 biji kek swiss roll (kalau tak suka guna kek span)
Buah-buahan segar atau buah dalam tin secukupnya.

Cara-caranya:

Masak susu segar dalam periok non-stick dengan api perlahan.
Adun susu cair dengan tepung kastad didalam mangkok.
Bila susu agak panas (bukan mendidih) masukan kastad.
Kacau sentiasa hingga kasatad jadi sedikit pekat.
Masukkan gula dan kacau lagi.
Bila dah agak pekat matikan.
Ambil mangkok yang cantik dan alas dengan kek span.
Tuang krim kastad yang dimasak tadi keatasnya.
Sejukan sebentar baru lapiskan dengan susu krim nestle.
Hiaskan lagi dengan whipped cream
Susun buah-buahan mengikut citarasa anda.
Masukkan dalam peti ais sebelum dihidang.

(sorry ye sebab saya copy resepi kat cni kerana malas nak taip) $-)
Sedap triffles ni.... jangan tak cuba LOL

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.