Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


mon, jannah, kaklong & een
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
mon jannah kaklong



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 21-Oct-2007 23:04
9 Syawal ~~ MY Open House
Balik dari Tokai, terus ke rumah An meminjam periuk belanga, bekas hidang untuk menambah apa yang tak cukup. Sampai rumah pukul 10malam terus tukar uniform bersilat . Sebelum tu, sejak hari Isnin ku dah siap2 blend bawang, cili, rempah2, siang sotong, udang, ayam, daging etc untuk memudahkan kerja. Bersama askar2 ku - An, Een, Najwa & Shahida. An & Een buat karipap, Shahida tolong buat bingka dan Najwa tolong buat marble chocolate cheesecake. Pukul 4 pagi, askar karipap surrender. Pukul 7 pagi, askar dessert berangkat pulang. Daku tinggal bersilat sorang2. Tak sempat nak tidur .

........................................~~THE FOOD~~
...................

Menunya:
- Nasi Bukhari, Ayam percik, acar
- Laksam, Mee Bandung
- Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang Daging, Sambal Sotong
- Kuih Bingka, Karipap sardin, Marble Chocolate Cheesecake
- Kuih raya snickers cornflakes, keropok udang


~~BERSAMA RAKAN TAULAN~~


Disebabkan rumahku sebesar istana ini, maka terpaksa buat tiga sesi. Alhamdulillah, jemputan yg hadir lebih kurang 40 orang. Happy sangat terutama ada 3 tetamu jauh: Nik dari Mie dan Matto & Lokman dari Toyohashi Berbesar hati juga dengan kehadiran Alifah & Rozie dari Gyutoku yang baru pertama kali bertemu.

...................

Tetamunya:
- 1st session (yg berkeluarga, yg jauh, yg berkerja) ~ Jannah & Mon. Kak Long & Een. Pak Din, Watie dan anak2 comel mereka Aiman & Asyraf. Metro, Cool, Maiko (minah Jepun yg pandai gila cakap Melayu) & Matto. Nik, Nuek.
- 2nd session (geng2 JAD) ~ Nana, Fae, Ah, Liana, Wanie, Bella. Jimin, Nabhan & Ifan. Elley & Anis.
- 3rd session ~ (budak2 dai) Fazu, Nasu, Ifan, Khazirul, Shahida, Najwa, Iza, Faisal, Shafeeq, Firdhaus, Din, Lokman, Zaem, Seah.


...................

Maaf jika ada yang tidak terjemput . Hajat dihati memang satu Jepun ingin dipelawa tapi malangnya kekurangan ruang. 40 jam berjaga dari 8 pagi Sabtu sampai 12 malam Ahad, 15 juadah, 40 tetamu, dari 12 tengahari hingga 9 malam, akhirnya semuanya selesai. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir Tidak dilupakan terima kasih ku layangkan kepada jiranku, cik Bella yg sudi menjadikan rumahnya istana hinggap buat tetamuku. Dan yang paling ku terhutang budi ~ Shahida, Najwa, An & Een. Without you guys..... Maaf diminta kepada anda semua jika ada kekurangan di mana2. Lepas ni, jemputlah datang bila2, pintu rumahku sentiasa terbuka

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.