| Saturday, 20-Oct-2007 19:48 |
|
::Gathering Persetankan::
|
|
| Quote: | Sabtu, 20 Okt 2007, KLCC - Sekumpulan manusia dahaga kasih sayang mengekspresikan diri, pendapat dan perasaan melalui medium yang mudah dan satu iaitu fhoto. Gelora jeritan jiwa yang memberontak, melahirkan kolaborasi fhoto yang agung ini…dan pada sabtu yang lepas kumpulan manusia ini diketuai oleh Manusia Prahistorik Digital, Beck mengadakan satu perjumpaan.
Meet Up kali ini sungguh meriah walaupon hari itu cuaca dikasari dengan hujan yang turun sepoi-sepoi bahasa. Antara yang hadir pada hari kejadian ialah Beck, Nizamnuri, Ainijasmine, Suessy, Mummoze, Bali, Jarri, Takky, Hellmy, Bella, IcedNyior, Sashi, ikmalibrahim, f’iz, judo dan aku sendiri. Aku tiba lewat di meet point itu kerana beberapa masalah teknikal harap maaf kepada yang menunggu aku begitu lama. Sessi mengisi perut bertempat di Signatures - foodcourt di KLCC dan kemudian acara rasmi DFJJ iaitu aktiviti fhotografi bebas. Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, perbincangan tentang dimana aktiviti rasmi ini akan mengambil tempat kerana sessi fhotografi di dalam KLCC adalah dilarang.
Akhirnya persetujuan diambil dan kami menuju ke KL Convention Centre kerana di situ merupakan kawasan teduh yang boleh berfhotografi. Kemudian setelah hujan reda sedikit kami bergerak ke taman KLCC yang berhampiran. Tetapi malangnya bateri kamera aku abes ketika mahu keluar ke kawasan taman.So, next time ramai2 lagi menghadirkan diri ok!!!
Dari Lensa OmarBahrin |
|