Luangkan masa weekend ni untuk support team kita yg kecoh dlm media kebelakangan ni. Khabarnya team yg dicari dari seluruh pelusuk negara ni lagi "menyengat" dari team yang lepas...
Berkobar-kobar untuk ke stadium Bukit Jalil untuk melihat kebenaran seperti yang digembar-gemburkan... Sampai tertinggal kamera excited punya pasal... E90 la penyelamat keadaan untuk merakam detik2x untuk melihat team kita berjaya....
Puas menidakkan kata hati bahawa pasukan kita ini takkan sampai ke mana-mana. Sangka baik bahawa pemain-pemain yang terpilih ini akan memberikan sedikit sinar kepada bolasepak Malaysia...
Setelah 90 minit berakhir, sangkaan buruk sebelum ini jadi nyata satu persatu... Kita kalah 2-0 kepada team simpanan/ke-2/cap ayam yang dihantar Indonesia.
Nasihat kepada Shebby selaku jurulatih & semua sponsor2x yang terlibat:
a) buatlah friendly dengan team state dlm Liga Super/Premier dlm negara dulu sebelum nak friendly ngan team luar negara...
b) Ke mana menghilangknya player MyTeam 1? Setakat nak cari player satu Malaysia, lepas settle pencarian, tak tau ke mana arah hala tuju pemain2x... Halatuju/hasrat tu kena settlekan dulu...
c) Membazir je SCOMI buang duit (Co kaum kerabat Pak Lah nih), Air Asia hantar korang melancong instead of "training" konon2x nya ke Manchester United... Hasil yang pemain2x bagi, hampeh!!! Lawan ngan team cap ayam yg Indonesia hantar pun, masih tak boleh gigit! Indonesia dgn 10 pemain masih mampu bertahan dan yg paling menarik, masih mampu buat serangan berbahaya dalam masa perlawanan berbaki lagi 30 minit!
Nak nengok headline suratkhabar esok apa kata jurulatih... Harap2x lah bukan ayat2x biasa untuk cover kelemahan kita i.e team kita masih mentah tak cukup training, masih tak dpt berkomunikasi dlm padang memandangkan baru 2 bulan dibentuk, team lawan lebih berpengalaman dsb!!!!
Kesimpulannya, tak tau smpi bila nasib bola sepak malaysia nih nak berubah... Kita tunggu jer jurulatih baru yg telah dilantik untuk mencorakkannya... Aku yakin, slogan "Malaysia Bolah" yang kita laung2x kan akan boleh diterima pakai dalam konteks nih...