Second Day – Palma de Mallorca (30/8/2007)
Hari kedua di Palma de Mallorca. Seperti biasa, pagi aku tetap turun ke conference. Dan macam biasa juga, lepas coffee break aku naik bilik. Kali ni Rizal ajak breakfast sama2. Mmmmmm….nampak memang best, banyak varieties of foods, tapi kami memang tak berani nak makan. Takpelah, makan buah pun jadi lah. Tempat makan tu sebelah pool dengan pemandangan port de Mallorca. Lepas breakfast, kami keluar jalan2. Kali ni kami keluar belah kiri hotel pula. Side ni kiranya menuju ke bandar, jadi lebih banyak kedai2 gift yang kami jumpa. Tiap kali masuk kedai kami dialu2kan dengan perkataan hola yang maknanya selamat datang. Kebanyakan owner kedai berasal dari India yg memang dah jadi penduduk tetap kat situ. Menurut diorang, pulau ni dah kurang meriah berbanding dulu2. Dah kurang pelancong yang datang. Tapi aku tengok ramai je, maksudnya dulu2 lagi meriah la kot. Jumpa la barang souvenir yang agak murah. Hari ni banyak sket membeli. Kira banyak juga kami berhabis untuk barang kenang2an. Takpelah, lain kali tak tentu datang lagi. Jauh juga kami berjalan2. Ohya, mulanya kami ingat nak sewa basikal untuk bersiar2, harganya EUR13 untuk sehari. Tapi masa singgah kedai auntie dari India ni, dia suggest naik bas merah City Sightseeing yang aku tengok semalam tu. Harganya pun EUR13. Bas tu akan pusing bandar Palma dan ke tempat2 menarik sekitarnya. Kiranya kita beli satu tiket je dan boleh turun naik kat stop2 tertentu dalam satu hari dengan hanya satu tiket je. Disebabkan dapat info ni lambat, hari pun dah petang, maka kami decide esok pagi je lah.
Pada aku orang2 kat sini friendly, tak lokek senyum, bila kita tanya pasal jalan pun, diorang sanggup terang sungguh2 dan pegi tunjuk sekali. Rata2 yang ditanya pasti akan layan kita dengan baik. Tak rasa terasing sangatlah. Ohya, petang masa balik, hujan renyai2. Fyi sekarang ni musim summer. Walaupun matahari tegak kat kepala, tapi angin sepoi2 bahasa dan takde lah berpeluh sakan macam kat Malaysia. Rasa rindu pula kat Malaysia….hahahhaa….sesi mengada-ngada. On the way balik singgah sat kat taman depan hotel. Taman tu kecik je…yang pasti pemandangannya kapal. Malam tu kami turun sekejap ke receptionist nak tanya pasal bas merah tu, sebab masa call diorang kata tiket pun boleh dibeli di situ. So alang2 baik kami beli tiket kat hotel daripada pegi balik kedai auntie tu esok. Katanya bas paling awal akan stop kat depan taman yang kami pergi tu jam 1130. Lepas beli tiket kami lepak sat kat lobby tengok dan dengar orang main piano, ambil gambar dia sekali. Habis je lagu, tup2 dia offer nak ambil gambar kami berdua, siap mintak posing kat piano dia lagi. Pastu sembang2 jap ngan dia. Katanya tak pernah tahu pasal Malaysia, tapi kalau Singapore ngan Thailand tu dia biasa tengok kat tv via National Geographic rasanya dia cakap, ke Discovery Channel….ntah, dah lupa. Dia tak pernah travel luar Europe, jauh and costly katanya. Baik dia duk depan tv, tengok negara2 luar, takyah gi sana, jimat duit dan selesa (kat rumah je)….pendapat dia la. Bila nak balik tu, dia hulur tangan nak shake hand, aku pun teragak2, tapi hulur juga la….tup2, hahahahaaaa…..first time in my life, tangan aku dicium oleh lelaki (selain Rizal la hehhehee). Rasa nyesal plak hulur tangan, tak sangka dia nak buat gitu. Org kat receptionist tu kata pianist tu dah pencen lama, umur dalam 60 dan dia adalah prof muzik kat tempat dia ngajar dulu….wow, hebat sungguh, patutlah dia main best.