Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


SAMPERIT MARBLE

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
SAMPERIT MARBLE



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 8-Oct-2007 21:04
BISKUT ALMOND ,KUIH BUAH ROTAN DAN SAMPERIT MARBLE
Ini adalah biskut saya yang terakhir sebelum raya...tapi tak tahulah pula, takut berubah hati..kot-kotlah ronda kat fp kawan-kawan, ada jumpa yang berkenan.. terpaksalah kena wat juga... Tapi saya rasa ini pun, dah beraya sakan dah nih..


BISKUT ALMOND

Bahan-Bahanya
200g butter
1 cawan castor sugar
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan almond di goreng tanpa minyak dan di blend halus
2 sudu perasa almond/vanila
Ceri sebagai hiasan dan kuning telur

Cara.
1.Sapukan butter pada baking tray
2.Pukul butter dan gula sampai kembang kemudian masukan telur pukul sebati.
3.Masukan almond yng dikisar + perasa almond kacau sebati.
4.Masukan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak,kacau sehingga menjadi doh.
5.Terap doh dengan acuan dan letakan ceri sebagai hiasan dan sapu kuning telur diatasnya dan letakan pada baking tray.
6.Preheat the oven dan bakar pada suhu 190c selama 20 minit.

Ini adalah kuih yang mesti ada pada hari raya.. kita suka sangat dengan kuih rotan ini.. tapi kalau membuatnya sorang- sorang sakit habis badan dibuatnya..


KUIH BUAH ROTAN

Bahan
500g tepung pulut
3 sudu besar tepung beras
Santan
1 biji telur
1/2 cawan gula
bijan
minyak untuk mengoreng

cara
1.campurkan tepung pulut + tepung beras +gula dan telur gaul rata
2.Campuran dengan santan sedikit demi sedikit agar menjadi doh yng lembut
3.Ambil sedikit bulatkan dan digaul dengan bijan..buat sampai habis
4.Panaskan minyak dan goreng sampai masak

**Kalau mahu ranggup pastikan buat kecil-kecil dan selepas digaul dengan bijan, rehatkan selama 2-3 jam barulah digoreng untuk mengelakan daripada meletup **

Biskut samperit marble ini adalah daripada Eryne Fp.Tq Eryne .. . resipinya je, berlainan daripada Eryne...Resipi ni ,saya dah lupa daripada mana saya ambil ...apapun terima kasih banyak, kepada tuan empunya resipi... biskutnya sungguh yummy...


SAMPERIT MARBLE

Bahan-Bahan
2 cawan butter
1 cawan gula kastor
3 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
saya guna perasa 1 sudu kecil sirap ross tamin bagi doh yng warna merah
1 sudu vanila
manik warna warni kecil

Cara
1. Gaulkan butter + gula dan telur sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum kastard dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan warna merah pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5.Cantumkan adunan merah dan biasa pastu masukkan dlm pam biskut.
6. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Quote:


Madiha,Saudah,Nur,Kak Liza,Mamasya,Cak,Kamalina,Che De Sam,Hajar,Kak kham,Korok,Sabrina Jeff,Lee Lin,Eyren Jasmin,Roylazim,Kak Leen,Sabrina,Nur,Kak Jie jie,Edoras,Ibu Irfan,tariqzaidanirah,Ana,Nabialishad , boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com ,Mamasya,UmiMuadz dan Ida.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SERTA MAAF ZAHIR DAN BATIN KALAU ADA SALAH DAN SILAP DISEPANJANG PERKENALAN KITA DI FP....JIKA ADA TERKASAR BICARA TERUTAMA DIBAHAGIAN COMMENT ,ANGGAPLAH ITU SEBAGAI GURAUAN DAN MOHON KEAMPUNNAN SEKALI LAGI .SEMOGA DENGAN KEHADIRAN AIDILFITRI MEMBERI SINAR KEBAHAGIAN BUAT KITA SEMUA
..

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.