First Day di Palma de Mallorca (29/8/2007)
Palma de Mallorca, akhirnya sampai juga aku di sini. Hotel Melia Palas Atenea ni best, bilik banyak cermin besar2, sana sini cermin. Teringat Zanti, mesti dia suka….hahahhaa. Ada balkoni kecik, siap meja makan kecik. Bilik quite big. Ada tv brand Nokia, tk caya? Nanti refer gambar…. Pagi2 lagi aku dah bersiap untuk pergi mendaftar ke conference, dengan sunglasses…hahhaaa. Terpaksa beb, mata tak baik2. Sakitnya dah hilang tapi masih merah menyala. Lepas pendaftaran ada welcoming address kat Apollo Room, kat bilik ni juga tempat aku bakal present. Rata2 participants adalah European. Berdebar rasanya. Ada juga dari India dan Middle East, tapi tak ramai la. Tea break jam 1000, tapi memandangkan aku takut nak makan, tak sure tahap kehalalannya, aku naik ke bilik. Padahal minum tea je, aku yg lari sebab rasa cam kekok nak sembang2 ngan org asing. Rugi juga tak ambil peluang ni. Takpelah. Sampai bilik Rizal takde, rupanya dia turun breakfast. Sewa hotel termasuk breakfast for two. Rizal kata memang banyak makanan yang disediakan, tapi dia hanya makan buah je. Yang lain dia tak berani. Lepas tu ada dia jalan2 kat luar, tapi tkde aku, boring katanya.
Petang tu kami pergi jalan2 kawasan sekitar. Tempat ni macam marina la, penuh dengan kapal2 private dan mewah yang park di sekitar. Berangan gak kami nak punya kapal mcm tu. Lepas tu kami jalan2 sejauh yang kami larat, kononnya nak cari restoren halal yang Rizal jumpa kat internet. Ada kami tanya pihak hotel kat mana dan tunjuk peta serta addressnya, katanya sangat jauh. Restoren tu terletak di Juan Miro, masalahnya jalan tu sangatlah panjang. Tapi bila kami cuba cari memang ternyata restoren tu sangat2 jauh. Last2 kami give-up, balik semula tapi cuba jalan lain. Jumpa beberapa kedai gift, dan barang2 agak murah, murah2 pun bila darab ngan 5 tercekik darah juga. Kami shopping sket2. Sepanjang kami jalan2 tu ada aku tertengok satu bas merah 2 tingkat yang tak berbumbung, yang tertulis Palma City Sightseeing. Aku teringin naik bas tu. Tapi memandangkan hari dah makin gelap, kami balik dulu. Lagipun kaki aku sakit sebab kasut aku tu kecik sket, aku betul2 tak larat. Terpaksalah kami balik. Sebenarnya agak jauh kami jalan. Lalu rumah2 orang, jumpa anjing yg buang air dan tuannya yang terpaksa kutip najisnya. Lepas tu banyak benda lagi yang kami perhatikan. Kami perasan yang jalan tu sebenarnya happening waktu malam dengan pub2 dan club2 yang banyak. Selain tu rumah2 orang la. Memang bandar sebenar Palma bukan kat situ, kena pi naik bas. Kat sana nun yang banyak kedai2. Pokok palma memang banyak di sana. Selain tu pokok bunga raya, bunga kertas dan aloevera pun banyak….bunga tahi ayam pun ada depan hotel. Terasa macam Mallorca lagi bangga dengan bunga raya berbanding Malaysia.