Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal
Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunan dosa-dosa
Yang ku lakukan
Untukmu duhai dinda yang setia
Harungi derita
Marilah bersama kita saling
Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tidak terulang
Untuk selamanya
Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka dicucuri
Oleh rahmat Nya
tinggal beberapa hari lagi umat islam akan menyambut hari lebaran..
kali ini kami akan beraya sebagai suami & isteri buat kali pertama..
terima kasih pada isteri yang x jemu2 mengejutkan saya bangun untuk bersahur.. dan terima kasih juga kerana menyediakan juadah setiap kali waktu berbuka..
tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup ketika ini.. selain merasai kenikmatan yang
di kurniakan oleh Allah s.w.t pada kami berdua..
di kesempatan ini juga kami ingin memohon kemaafan kepada kedua ayah dan bonda
di cheras baru dan juga di bertam penang, tak lupa buat adik beradik, pakcik & makcik
dan semua saudara - mara x kira di mana jua berada..
buat teman sekerja kami di Malaysia Airports Technologies terutama geng2 Airport System and Data Center Operation, kami memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap dan saya
memohon semoga hari raya ini akan lebih ceria dan bermakna buat kita semua..
sekali lagi kami memohon ampun dan maaf sekiranya tersalah tutur kata atau ada perbuatan
yang menyakitkan hati..