Memang betul kata Mak Lang ,biskut ini memang sedap dan ranggup...
Terima kasih kepada tuan empunya resipi...
.Tidak sia-sia siapa yang mencubanya...sedappp...
CHOCOLATE OATS CRIPS
(Sumber : Koleksi resipi oats .Mak Lang Fp)
Bahan
130g tepung gandum } (saya guna self raising flour)
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } (saya masuk 50gm cooking chocolate)
½ sk serbuk penaik } (saya tak masuk)
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
Ini bila dah malas, main cedok dengan sudu je..
| Quote: |
Mamafami~ ..Mama tu buat lawak pulak, pagi tadi kita masuk rumah dia..penuh dengan kuih raya ...
Hajar~ Datang jangan tak datang...makan kuih yang atas meja je ok... sebab yang kat bawah, untuk tetamu istemewa kita iaitu...cik ct..
Ida ~Betul tu ..siapa tak cuba rugi besar .. Biskut ida pun, laris kan..
jeff~Salam Aidilfitri 2 u 2...
Ana~Betul Na..biskut ini memang yummy..Kalau anak dah suka ,kenalah wat banyak-banyak..nanti kita pun boleh tumpang sama..
Sabrina ~Cubalah rasa lepas berbuka nanti...pastinya biskut ini sedap...
mamasya ~Tak tahu pula biskut ini, antara yang terhangat dipasaran... biskut ini memang sedap..
Nur ~Apa yang sibuknya ..mesti dah banyak buat biskut raya nih...
mommy_d&d ~Betul biskut ini memang sedap..tambahan pula oats tu banyak kalsium...
kamalina~Betul cakap Kamalina..Yah pun guna barang yang ada kat rumah je...
kak jie jie ~Bolehlah cuba, biskut ini sedap dan anak-anak pun suka..
Lee Lin ~Sama macam saya suka sangat salin resipi, tapi tak buat pun.. |