FMDC Northern Region - Sesi Berbuka Puasa + Street Shooting + TT
Alhamdulillah , 29 September 2007 telah selesai sesi Majlis Berbuka Puasa bagi FMDC Northern Region di Hotel Sri Malaysia , Sungai Petani . Terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi ini terutama En. Silmi yang menjadi org "tulang belakang" dalam program ini . Tahun depan organize lagi ek ..?
Ramai gak yang hadir pada malam tuh , dari pelbagai pelusuk dan studio fotografi . Hebat-hebat belaka hampa noooo.....
Antara yang hadir pada malam itu ...... ( antara je ekkk , nanti ampa tanya plak napa gambaq ampa takda . hahahaha )
Sesi pada petang itu dimulakan dengan sesi melayan Polis memberi saman kepada tuan punya kereta yang dok parking tepi-tepi jalan sekitar jam besaq sambil menuggu tetamu-tetamu kehormat hadir . Then di teruskan dengan sesi menembak jalanan di pasar ramadhan berhampiran jam besaq Sg. Petani .
Dah selesai kat situ ..... sempat sesambil berjalan ke Hotel Sri Malaysia , aku sempat melayan landasan ketapi ni kejap .
And then , barula kami selamat makan ...... muhahahah ......Sesi selepas berbuka di sambung dengan sesi TT di Nasi Kandar Pelita and time nie di gunakan sepenuhnya untuk membelasah Lense kawan-kawan .. kah kah kah ..!!!
Letih la nak type bebanyak ..... akhir kata ........
Mengintai Bulan Bintang
Dlm post nie gak nak aku selitkan aktiviti aku menjelang pertengahan Ramadhan . Duk kat umah boring-boring aku melihat langit luas . berbekalkan selarang senapang Nikon , aku menembak raja di langit pada malam itu , biar pun sedikit tersasar , namun pedihnya boleh di rasa ....