Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


roti jala sardin

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
roti jala sardin



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 28-Sep-2007 11:06
ROTI JALA DAN ROTI JALA SARDIN


ROTI JALA & KARI AYAM

Bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
½ camt serbuk kunyit
1 cawan susu segar
1 biji telur
3 cawan air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara
1. Masukan semua bahan diatas dan di blend.
2. Ketepikan seketika
3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser
4 Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
*Hidangkan bersama kari ayam atau kari daging*




ROTI JALA SARDIN

Bahanya
Roti jala

Untuk inti
1 tin ikan sardin
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
mayonnis

Cara
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dipotong, masukan sardin biarkan sampai hampir kering.
2.Angkat dan gaulkan dengan mayonnis.
3.Ambil dua keping roti jala dan letakan sedikit sardin diatasnya dan digulung memanjang..

Quote:
Nur ~Roti jala kalau ada sardin didalamnya ,rasanya.. macam roti sanwich gitu..senang kan, tak payah nak cicah kari, sebab dah ada inti...
mamasya~Cubalah menjala...jgn duduk simpan je...jala tu, nanti kena gigit tikus.. .Roti jala ada inti sardin ni...utk mak dan bapak budak, anak- anak tak suka..
Ana ~ Betul Na, roti jala kegemaran semua orng, cicah dengan kari ayam atau daging sedap... .nanti bolehlah cuba wat roti jala sardin lak...
kamalina~Nanti boleh lah cuba ,buat versi sardin ni...rasanya sedap,kalau tak suka sardin bolehlah tukar kpd tuna....
rinnchan ~Roti jala ada inti..senang tak payah nak buat kuah, masuk je inti dalamnya dan terus je ngapp..penjual yang kat PARAM tu, mungkin bukan kita kut...
Muna~ Kita masuk lagu raya nih...untk bagi semangat agar buat kuih raya banyak-banyak, tapi Muna lain pula, tak ada mood nak buat kuih raya..... .Jangan lah macam tu..kuih raya kena buat juga ya...
hajar ~Memanglah kali pertama cuba, mesti ketar tangan..tapi skrng dah terer kan... 3 blender pun boleh siap....
dOd ~Tak lah rajin, tapi nak makan... mesti kena rajin. Dod pun, apa kurangnya...
kak jie jie ~tq sudi cuba resipi apam strawberry tu..Yah rasa munggkin Kak jie letak banyak jemnya itu, dan terus je mendap kebawah.... .Tak apa cuba lagi...
Sabrina~buat sendiri lagi puas hati...bolehlah cuba kalau ada masa....


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.