Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Peace!
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Peace



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 22-Sep-2007 10:58
Our little boy is turning TWO years old today!









Pejam celik-pejam celik dah 2 tahun umur Irfan. Setiap kali anak-anak ummi bertambah umur setahun, setiap kali tu la ummi rasa mcm baru je melalui pengalaman mengandung, bersalin dan membesarkan. Betapa cepatnya masa berlalu. Tp, yg herannya, ummi tak rasa pun umur ummi meningkat, rasa cam maintain jer.

So, sempena hari lahir Irfan ni, ummi buat majlis berbuka puasa di rumah tok Irfan. Alah, sekadar berbuka puasa je sbb ummi cuma jemput Tok Su, Tok Yun & Pak Long Irfan sekeluarga. Nak jemput ramai2, rumah kecik. Tak selesa jadiknya.

Yg excitednya masa nak tiup lilin ni, kakak Irfanlah. Dia yg sibuk-sibuk. Ummi suruh Irfan tiup, air liur Irfan jer yg tersembur2. Ummi seronok buat birthday utk anak2 ummi sbb masa diaorang kecik2 nilah yg ummi boleh buat pun. Bila memasing dah besar nanti, for sure tak nak buat dah. Diaorang lebih excited nak hadiah jer. Masa kecik2 ni, seronoklah. Janji ada kek. Dah seronok dah.

Dah 2 tahun ni, ummi tgk Irfan ni mmg manja sikit kalau nak compare dia dgn kakak. Sikit-sikit asyik meleseh je kat ummi dan abah. Pastu, sikit-sikit menangis, sikit-sikit menangis. Tu je la kerjanya. Takde keje lain. Tak kena apa2 pun boleh menangis beria mcm kena pukul je. Lama plak tu nak stop. Apalah Irfan ni. Budak lelaki mana boleh nangis. Lagipun, Irfankan dah nak jadi abang, kenalah macho sket. Kalau tak, abis la adik Irfan nanti buli Irfan. Rasanya, kalau memanjang la peel Irfan ni sampai ke besar, alamatnya Irdina la yg kena jadi bodyguard dia. Bukannya dia yg jadik bodyguard kakak sbb Dina ni boleh tahan garang dia. Sekali menjerit, sakit telinga ummi dengar.

Lagi satu, skang ni, Irfan suka ajuk apa yg kakak dia buat. Baik daripada perbuatan atau pun perkataan. Asyik copy cat jer kejenya. Sama gak ngan iklan. Lebih2 lg iklan budak2. For sure dia akan repeat balik. Irfan..irfan...sayanggg....dia..(sambil cubit pipi) --> iklan cat.

Takpelah Irfan, manja2 Irfan, lembik2 Irfan, mengada2 Irfan dan segala yang sewaktu dgnnya, ummi tetap sayangkan Irfan banyak…..banyakkkkk…sangat. Muah! Ummi doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi. Selamat Hari Lahir Sayang!

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.