Aku tak pernah keluar negara sebelum ini malah inilah kali pertama aku menaiki kapal terbang. Pada pukul 1.40 pagi 10/9/2007, aku bertolak ke Shanghai China untuk 2007 Shanghai International Furniture Fair selama seminggu sehingga 16/9/2007.
Sebaik menjejakkan kaki di Shanghai (Motorola V3x)
Aku tiba di Pudong International Airport Shanghai kira-kira jam 7.30 pagi. Kami menaiki teksi airport ke hotel selama 40 minit dengan bayaran RMB200 atau RM100. Driver tu bawak macam pelesit. Takut aku... Aku tengok kat sini kesemua teksi adalah dari jenis VW. Kenapa yea? Kereta jenama BUICK juga banyak kat sini. Rupa-rupanya kereta tu keluaran Shanghai GM (General Motor) pengeluar automotif terbesar dunia.
Lujiazui Century Hotel tempatku menginap. (Motorola V3x)
Kami berenam akan menginap di Lujiazui Century Hotel bertaraf tiga bintang yang terletak di dalam kawasan Shanghai New International Expo Centre (SNIEC). Senang sikit nak berulang-alik antara bilik pameran dengan bilik hotel. Hanya lima minit berjalan kaki ke booth kami.
Tak sampai lima minit berehat bosku dah mengajak kami ke booth. Tak sempat aku nak tarik nafas sikit. 2007 Shanghai International Furniture Fair sangat besar dengan keluasan 220,000 sq.m. dan 1,600 'exhibitor'. Sampai aje kat booth aku tengok booth kami terlalu simple dan standard. Tak ada 'renovation' langsung. Booth-booth lain semuanya hebat-hebat. Kami semua bertungkus lumus membuka balutan perabot yang di bawa dengan kontena dari Muar dan memasangnya sendiri. Penat!
Waktu tengahari bossku membawa kami makan ke sebuah kedai makan berjenama Eropah. Hanya kedai makan ini sahaja yang telah dibuka di sini. Kedai makan yang lain akan dibuka esok. Alamak! Kebanyakan makanan mempunyai resepi babi. Macamana aku nak makan nie?
Pada mulanya aku tak nak makan langsung sebab takut kalau-kalau ada daging babi kat masakan tu. Nasib baik ada spagetti kat kedai makan tu jadi tengahari tu aku makan spagetti aje. Macam orang putih pulak aku.
(Oleh Anakmuar)