. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> Hati-hati bila menggoreng..pastikan minyak betul panas - <img src="http://2.srv.fotopages.com/2/14218935.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Hati-hati bila menggoreng..pastikan minyak betul panas

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Hati hati bila menggoreng



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 19-Sep-2007 08:27
Menu Iftar Hari Ke - 7
Assalammua'alaikkum...

Ezah datang lagiiiiiii.......... jangan terkejut jika tiba-tiba anda lihat fotopages ini berupdate kembali. Anda tidak pernah ezah lupa..cuma kekadang masa memang tidak menyebelahi kita.
Mana boleh ezah lupa.....tahun lepas ramadhan beginilah kita sering bertukar resipi..mencari idea nak masak apa di bulan ramadhan. Kekadang di mana kita kehilangan idea nak masak apa.
Di sini kita sering berkumpul walau dalam berlainan waktu...sehingga penghujung ramadhan dan permulaan syawal hingga seterusnya.

Kini ku kembali bagi 'merajin'kan diri kembali...sedaya boleh..yang tak boleh tu...jangan makan lebih-lebih...

Semoga Ramadhan ini memberi kita peluang untuk beribadah dan di samping memperatkan lagi ukhwah. Insya'Allah.

Jom tengok ezah masak apa semalam......

Sup Bebola Kentang ~ Kalau anda penggemar rasa kentang dan sup, mungkin hidangan seperti ini yang paling anda gemari. Kentang yang di rebus, lalu di lecek hingga halus dan di taburi dengan isi ayam atau daging cincang cukup memikat rasa bagi penggemarnya.



Aroma sup yang menyegarkan pasti membangkitkan selera anda setelah seharian berpuasa. Anda boleh juga menambah sedikit bi hun jika suka dan taburkan dengan taugeh,sedikit isi ayam atau hirisan daging. Jangan lupa daun saderi, bawang goreng serta sambal kicap chili padi yang menyengat dan perahan limau nipis/sambal.



Makanan sup panas ini pastinya membakar kehangatan tubuh anda hingga mengeluarkan keringat. Sekali lagi bagi anda yang mungkin menggemari makanan jenis ini...anda harus cuba dan hidangkan la buat keluarga anda di rumah.

Anda hendak cuba membuatnya?



Bebola Kentang

Bahan-Bahan

8 biji ubi kentang - kupas kulit lalu rebus dengan sedikit garam hingga empuk
2 tangkai daun saderi - hiris halus
250 gm daging cincang - jika nak guna isi ayam yang di cincang pun boleh.
1 s/teh serbuk lada hitam
1 s/mkn rempah kari daging
Garam - secukup rasa
1 s/mkn tepung jagung

1 s/teh bawang putih kisar
1 s/teh halia kisar
1 labu besar bawang besar - cincang

5 butir telur - di kocok

Minyak makan - secukupnya

Cara Membuatnya:
Lumurkan lada hitam dan sedikit garam pada daging cincang. Perap sebentar.
Pijarkan kuali dengan minyak yang sedikit sahaja. Tumis bawang besar dan bahan kisar. serta rempah kari.
Tumis hingga garing dan naik baunya. Lalu masukkan daging cincang yang di perap tadi.
Gaul daging hingga keluar airnya dan agak kering. Lalu angkat dan ketepikan.

Ubi kentang yang telah di lecek ketika panas di campurkan dengan sedikit tepung jagung.
Masukkan daging cincang tadi dan daun saderi. Gaul hingga semuanya sekata.

Siapkan dulang yang di lapik plastik bersih untuk meletakkan bebola kentang ini.

Ambil segenggam penuh ubi kentang dan kepal hingga menjadi satu bebola kentang yang besar.
Buat begitu hingga habis. Bila sudah selesai, siapkan mangkuk yang melengkong agak dalam.
Ini bagi memudahkan bebola kentang di celup sepenuhnya ke dalam telur.
Kocok telur dengan sedikit garam, lalu celupkan bebola kentang dengan hati-hati.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, lalu sekali lagi letakkan bebola kentang ini dengan hati-hati ke dalam minyak panas.
Pastikan minyak benar-benar dalam suhu panas sebelum anda menggorengnya.
Bila agak kekuningan angkat dan toskan.

Tips:
Bebola kentang seelok-eloknya bila anda sudah siap mengepalnya dan meletakkannya ke dalam dulang, biarkan di situ sehingga anda ingin menggorengnya.
Jangan selalu di sentuh kerana ia boleh merosakkan atau memasamkan rasa kentang itu sendiri. Sebaik-baiknya demi kebersihan gunakan sarung tangan bila anda menyentuhnya.

Untuk Sup

Bahan - Bahan

250 gm isi daging atau tulang ayam
Air - secukupnya ikut anggaran anda melembutkan daging dan membuat kuahnya.
2 cm Lengkuas - bersihkan dan ketuk
2 batang Serai - bersihkan dan ketuk
5 helai daun limau
Garam - secukup rasa

** Satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk lalu rebuslah daging hingga lembut bagi mendapatkan pati air daging.
Bila daging da lembut. Perlahankan api dan biarkan dahulu.

Bahan Kisar

1 labu bawang besar - kisar
1 s/mkn halia kisar
1 s/mkn bawang putih kisar
2 biji buah keras - rendam terlebih dahulu dan kisar
1 s/mkn serbuk ketumbar
1 s/mkn serbuk lada hitam
2 s/mkn kicap manis

Garam - secukup rasa
Minyak untuk menumis

Limau nipis atau Limau sambal - secukupnya
Bawang Goreng - secukupnya
2 tangkai daun saderi - hiris halus
Taugeh - di celur dan di toskan
Hiris daging - secukupnya

Sambal Kicap Chili Padi.
Bi Hun - di celur hingga lembut - yang ini jika anda suka.

Cara Membuatnya
Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing dan naik baunya.
Masukkan serbuk ketumbar dan garam. Bila da garing, masuk bahan tumis ke dalam periuk yang berisi air daging.
Kacau sekali sekala kemudian masukkan kicap.
Rasa apa yang kurang boleh la di tambah. Padamkan api.

Dalam satu mangkuk, letakkan sedikit bi hun (jika suka), kemudian di ikuti pula dengan bebeola kentang dan taugeh.
Sendukkan sup daging ke dalamnya, lalu taburkan pula hirisan daging, daun saderi, bawang goreng, sambal chili padi dan limau sambal atau limau nipis yang di belah dua.
Siap untuk di makan.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.