| Tuesday, 18-Sep-2007 03:33 |
|
Percutian ke Sabah dan Labuan
|
|
18 Ogos 2007
Kul 5 pagi teksi dtg amik kami.. hantar ke LCCT. Smp sana kami check in luggage then p solat dlu. Kul 6.50 pg kami 'terbang'. Lebih kurang kul 10 kami sampai. Ini kali kedua ijan ke Sabah.
Sementara tunggu rombongan mak n abg akob kami pergi umah ima... kwn lama, x-opismate. kat umah ima kami mandikan najmeel n naufal, solat dan makan (dh di jamu makan je laaa..).
Kul 3 Rombongan kedua (mak, kak faridah sekuarga dan abg fahmi sekuarga) sampai kami pun ke airport semula. Kami terus carik hotel. Dpt rumah tumpangan je. hotel penuh... almaklumla, cuti sekolah. Abg akob lak x sempat nak book sebab dia kena kursus. seksa gak dok situ sbb dpt bilik kat tingkat 4. kesian mentua kena panjat tangga. kesian gak kat ijan sbb penat dukung anak panjat tangga. Kesian semua org laaaaa.. act, Cdg nak stay kat kem tp abg akob x smp lg.
kul 8 p amik abg akob kat airport tp dia smp kul 10. masing-masing dh penat menunggu, lapo lak tuh. Pastu p makan.
19 Ogos 2007
disebbkan penat dok panjat tangga so Mlm ni tdo kem lak. Seksa gak. huhuhu... serba x lengkap. Lampu kejap hidup, kejap mati. Katil, tilam, selimut takdak. Tak tau mana nk letak anak. Harap x kena pepijat. Letih sesgt... anak2 ijan tido lena. kesian tgk depa.. Ijan ckp ngan asraf.. 'mlm esok carik hotel smp jumpa. Tak sanggup tgk anak tido sini'.
Kami p melawat ke Muzium Pahlawan. Jalan-jalan, amik gambar... tgk tarian.
20 Ogos 2007
Pepagi kami kuar p pelabuhan. Kami nk ke Labuan. Hotel dh book. kul 8.30 bertolak. Semua org mabuk. Yg ok cuma awie (adk bongsu asraf), mak dan ijan. Najmeel tdo nyenyak di sisi ddy dia. Ddy pun skali la. Naufal pulak aktif berlari ke sana sini. Penat dok kontrol dia. 3 jam sampai sana. Kami carik hotel dpt 3 bilik kat ambassador hotel. Abg fahmi ngan kuarga dok hotel lain. terpaksa bpisah tp alhamdulillah dekat je. Keta sewa semua abis. so, kami sewa teksi kl nak jalan2. Sejam rm40. Fuhhh.. lps diskas depa setuju gak sewa... just nak ke Bird Park dan Chimney. Lepas balik dan shopping kat area hotel je. Ijan just beli coklat, hiasan umah dan sedikit buah tgn kat Ujana Kewangan. Dah 2 kali ke Labuan so dh tau jugak tmpt shopping.
21 Ogos 2007
Balik dari Labuan kami singgah Pasar Filipina. Tak x shopping sgt sbb Najmeel meragam. IJan beli brooch utk adik-beradik then gelang kat mak. t-shirt utk kenangan dan sedikit hiasan. Then kami nak p Poring, Hot Spring kat Ranau. Jauh sesgt, lbh kurang 3 jam lebih perjalanan ke sana. On d way tuh, tayar van pancit. Adusssss... sejam jugak nunggu org nak tolong. Bila smp Ranau kami carik hotel. Jenuh jugak mencari, akhirnya kami stay kat sony's villege.
22 Ogos 2007
kul 8 pagi kami ke kolam air panas tuh. on d way p kami singgah beli sarapan. Sesampai je Kami terus mengadap sarapan tuh. Lapo gilesssss... naufal lak terus mandi. suka betul naufal dpt main air. Ijan pun x lepaskan peluang mandi. Najmeel dan ddy nya pun mandi jugak. best nyaa.. berbaloi rsanya jalan jauh2. Kul 11 kami bertolak balik.
On d way tu singgah Kinabalu Park. Bestnyaaa... Just bergambar n jalan-jalan. asraf beli cap sbg kenangan. then terus ke hotel. Lps makan, rehat kami check out n terus ke airport.6.50 kami 'terbang'. smp LCCT lbh kurang kul 10 mlm dan kol abg shaari teksi (jiran) minta amik kami. Pastu p solat then terus balik umah.
Itulah kisahnya percutian kami. Ada yg best, ada yg kurang best. Tahun depan x tau la nk p
mana pulak. Tapi harap everything under arragement.
|