Hari ini dok rumah dah mula menjahit. Tapi kena masak gak, jadi kebetulan buka tenet jumpa resipi Puding Cendol nampak cedap aje...leh cuba nih. Tapi bahan tak de, kebetulan anak nak keluar ngan atoknye...jadi tercapai le cita-cita nak wat puding ni sebab dia boleh belikan bahan-bahan yang tak de tu. Tapi agar-agar powder tersilap beli jadi terlembik bahagian bawahnye. Tapi sedap tau...kena plak bulan ni sejuk aje bila menelannya.
Puding Cendol
Bahan Lapisan Bawah:
500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
500 ml cendol
sedikit Garam
Cara: Masak air bersama agar-agar dan gula sehingga mendideh, masukkan santan dan garam, biar mendideh masukkan cendol biar kan sekejap bolehlah tuangkan dalam acuan 10x10x1. Sebelum tuang basahkan acuan dan lapik plastic (saiz plastic biar lebih besar daripada acuan) supaya mudah untuk dikeluarkan
Lapisan Atas:
500 ml air
200 gm gula merah (saya taruk nisan)
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam
cara: Masak gula merah dengan sedikit air daripada 500 ml tadi, sampai gula hancur, tapis. Masak air gula bersama baki air dan agar-agar powder sehingga mendideh. Kocok kuning telur dengan sedikit santan dan tuangkan telur dan santan dan garam ke dalam agar-agar masak sehingga mendideh. Tuang ke dalam agar-agar pertama tadi yang telah dibekukan terlebih dahulu Pastikan agar-agar pertama tadi beku skit dan cucuk dengan garfu sebelum tuang agar-agar ini pelahan-lahan . (saya letak dalam frezer beku cepat skit) . Sejukkan baru potong. Tq kepada Tuntung dari My resipi kerana memang sedap puding cendol ini.
Quote:
Jeff -----> memang suai utk buat berbuka...sejuk je.....
Ana-----> le cuba sebab cedap tau....