. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://2.srv.fotopages.com/2/14218935.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 16-Sep-2007 08:21
Menu Iftar Hari - 4
Assalammualaikkum...

Allahamdulillah....Insya'Allah...kita akan masuk hari ke - 5 di bulan Ramadhan ini. Bagaimana kesihatan anda? Semoga anda terus dalam keadaan yang menyihatkan. Insya'Allah.

Bila menyentuh bab puasa..adakalanya kita tidak bagai tidak boleh di pisahkan dengan kesibukkan di dapur dalam menghidang makanan untuk beriftar.

So untuk puasa hari ke-empat, ezah memenuhi permintaan keluarga yang ingin makan roti kirai.

Roti Kirai/Renjis/Jala ~ ezah percaya ianya agak biasa di kalangan kita dalam membuatnya. Di cicah pula dengan gulai ayam. Memang sedap..lelagi kalau gulai ayam di masak dan di simpan semalaman. Kalau ada salad double sedaplah jawabnya!Two thumbs up!



Gulai Kari Ayam

Bahan-Bahan
1 ekor ayam - potong kecil,bersihkan dan ketepikan
3 biji kentang yg sederhana besar - belah 4
2 biji tomato - belah 2

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
1 s/mkn bawang putih kisar
1 s/mkn halia kisar
10 tangkai lada kering - kalau nak lebih boleh di tambah
2 sudu besar rempah kari daging atau secukupnya.
1 s/mkn lada hitam - optional bagi yg tak nak pedas

Secukup air asam
Secukup air
Secukup santan kelapa
Garam - secukup rasa
1 s/mkn gula pasir - optional

Bahan yg perlu di tumis
Setangkai daun kari
1 biji bawang besar - hiris
1 btg kayu manis
1 keping bunga lawang
2 biji pelaga

2 batang serai - titik (nak kisar sekalipun boleh)

Secukup minyak utk menumis
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan bahan-bahan yg perlu di tumis terlebih dahulu.
Sampai bawang dan serai layu dan bau harum.
Lalu masukkan bahan-bahan yg telah di kisar.Tumis hingga wangi dan garing.Masukkan lada hitam.
Masukkan sedikit garam di ikuti pula dengan kentang.Gaul rata.
Biar kentang empuk setengah masak lalu masukkan ayam.
Dalam satu mangkuk lain masukkan santan,air yg telah di sukat mengikut kepekatan sendiri.
Masukkan sedikit asam jawa. Bila ayam hampir empuk tuangkan santan serta air asam. Gaul rata.
Rasa apa yg kurang bolehlah di tambah.Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang benar-benar sudah masak.
Akhir sekali masukkan tomato. Bila nak hidang taburkan sedikit bawang goreng. ke atasnya.

Tips:
Sebaik-baiknya bila membuat kuah kari ayam biar air santan sama paras atau lebih sedikit dari ayam. Maksudnya agak - agak menenggelamkan ayam dan kentangnya..
Usah terlalu cair, nanti kurang sedap.kalau nak buat cicah roti kirai..sebaiknya buat sehari sebelumnya. Kuahnya akan lebih pekat dan rempahnya sudah sebati.


So, apalagi...da lama dgcam ezah tak berfungsi untuk snap gambar makanan...klik sana klik sini



Untuk anda...jangan tengok sahaja..meh la singsih baju tangan, cuci tangan dan kita jamu selera....oops! lepas iftar nanti......




ROTI JALA /RENJIS/KIRAI

Bahan-Bahan

400g tepung gandum
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
Air putih - secukupnya mengikut kepekatan yang anda inginkan
1 s/teh garam
2 s/mkn gula
Sedikit pewarna kuning

Minyak makan - secukupnya
3 helai daun pandan - buat berus minyak makan di kuali

Cara Menyediakannya:

Bancuh semua bahan di dalam mangkuk besar.
Gaul hingga rata lalu masukkan adunan ke dalam blender, kisar seketika dan tapis.
Panaskan kuali, griskan dengan sedikit minyak makan dengan simpulan ikatan daun pandan.
Kemudian di kirai di kuali yang leper.
Setelah bahagiannya masak angkat.
Setiap dua keping roti jala yang sudah masak di lipat menjadi bentuk tiga segi atau digulung sahaja.

Buatlah begitu hingga adunan habis.
Roti kirai sedap di makan bersama gulai daging atau ayam dan salad timun.



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.