9 Sept 2007 yang lepas satu lagi sambutan kemerdekaan malaysia diadakan, kali ini tiba giliran Dubai menjadi tuan rumah selepas minggu sebelumnya berlangsung di Abu Dhabi.
Sambutan Kemerdekaan kali ini berlangsung di 'Green Community' Marriott Courtyard. Agak berbeza dengan sambutan di Abu Dhabi, kali ini diadakan di ballroom hotel, agak selesa sedikit dengan acara yang agak banyak diadakan seperti kuiz mengenali malaysia, pertandingan mewarna jalur gemilang. sambutan para hadirin jugak amat menggalakkan, pelbagai kaum datang meraikan Kemerdekaan Negara yang ke 50 ini.
Susanan muhibbah ini amat aku hargai semua bangsa & agama bertanya khabar community malaysian di Dubai ini agak bagus, bersatu dalam banyak hal. Tetapi bagi golongan muda remaja disini aku sangsi dengan semangat patriotik mereka apabila ada yang tidak tahu Kelantan itu merupakan salah satu negeri didalam persekutuan Malaysia. atau pun mmg Kelantan mmg telah 'terasing dari persekutuam Malaysia? aku berasal dari sana & merasa amat kecewa dengan pekara ini.
Apapun seperti biasa aku menjadi jurufoto pada hari itu & hari itu juga merupakan hari bertuah untuk aku selepas aku memenangi cabutan bertuah (tempat ke 5) ini hari bertuah aku kedua selepas aku memenangi cabutan bertuah pada pertama kalinya semasa aku darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan Kelantan. selepas 15 tahun aku sekali lagi dapat hadiah cabutan bertuah