Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Entertainment
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Entertainment



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 4-Sep-2007 02:05
Palma de Mallorca 27 Ogos - 2 September 2007


I'm back ....Kali ni giliran aku pula berurusan rasmi di luar Negara. Aku bentang kertas kerja di The 16th IASTED International Conference on Applied Simulation and Computation (ASM2007) yang diadakan di Hotel Melia Palas Atenea, Palma de Mallorca, Spain. Conference tu diadakan selama 3 hari, (29 – 31/8/2007), dan nampaknya tahun ni kami sambut kemerdekaan di perantauan. Fyi, aku mengalami conjunctivitis sepanjang berada di sana, ujian dari Allah agar aku tak lupa diri di tempat orang.

KUL-LHR (27/8/2007)

Kami bertolak dari Cheras dalam jam 0930, Abah, Mak dan Makchak hantar, dan sampai di KLIA dalam jam 1015 (lebih kurang la, sebab dah lupa). Flight MAS MH004 pada jam 1200 dan kami check-in dalam jam 1030. Kami dah book seat awal-awal, so dapat duduk kat window seat. Boleh la tengok awan yang cantik sepanjang perjalanan. Kami buat solat jamak taqdim siap-siap dalam flite, risau kat London nanti tak tau nak solat kat mana. Kami tiba di Heathrow London lebih kurang jam 1810 waktu London (lebih kurang jam 0110 waktu Malaysia) setelah berada dalam flite hampir 13 jam lebih. Allah Maha Mengetahui betapa penatnya melalui perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat.

Kami tak mengalami sebarang masalah sama ada di immigration atau custom. Berkat doa semua. Lepas tanpa banyak soalan dan tanpa buka beg, selamat ikan bilis yang aku bawa untuk Mie (kawan UMT kat East Anglia). Masa nak mula beratur kat tempat immigration, Rizal hampir terlepas ke lorong UK citizen, tapi bila staf kat situ nampak aku, terus ditanya, you’re Malaysian? So dia tunjuk lorong yang sepatutnya. Memang agaknya diorang cam muka Malaysian, tapi aku tak sure camana Rizal tu boleh terlepas. Hehehe…ada rupa cam mat salleh ke? Confused, confused… Aku cuma diminta buka sunglasses. Aku tengok orang2 lain lama betul bersoal jawab dgn pegawai immigration, tapi kami hanya ditanya 2, 3 soalan je, tak sampai 5 minit. Lepas ambil beg, kami cari jalan keluar, nampak pintu yg ada sign undeclared gate. Nampak macam ramai yang keluar kat situ. Kami pun guna la pintu tu. Kat pintu dah ada pegawai bersama seekor anjing yang besar….berdebar gak. Lepas….Alhamdulillah. Lepas tu kami nampak beberapa orang yang ditahan dan dibuka serta diperiksa begnya. Kami jalan je, buat2 tak tau, dan sekali lagi kami terlepas, tak ditahan. Sedar2 dah kat pintu luar. Pelik juga rasa, sebab masa gi Japan dulu, memang diselongkar habis.

Heathrow – Victoria Coach Station

Setelah semua selesai, kami mencari tempat untuk naik bas National Express, yang dah aku book online tiketnya. Jauh juga sebenarnya tempat naik bas tu. Aku book untuk jam 1940, tapi disebabkan kami sampai awal, dapat naik jam 1930, awal 10 minit. Bas kami menuju ke Victoria Coach Station yang terletak di tengah kota London. Dalam bas kami menikmati pemandangan kota London, yang mana bangunannya banyak bangunan lama, terutama rumah2 diorang. Cantik2…

Victoria Station – Bayswater Station

Sampai je di Victoria Coach Station, pening2 kami cari jalan ke Victoria Station, untuk dapatkan tube ke Bayswater. Nasib baik sebelum bas masuk ke coach station, bas tu pusing dulu dan kami ternampak Victoria Station tu…so dapatlah agak kat mana nak dituju. Waktu tu macam baru masuk maghrib. Menapaklah kami ke Victoria Station. Sesampai di sana, masyaAllah, ramainya manusia…..dan macam2 kaunter tiket ada. Kami dah pening. Mana nak beli tiket tube ni, and kat mana nak cari tube. Dah berlegar2 kat situ dalam 10 minit, kami give-up and terus tanya polis kat situ mana nak dapatkan tube. Rupanya kaunter2 yang kami tengok tu adalah untuk train lain, bukan tube (tube ni macam LRT kat Malaysia, tapi kat underground). Kami pun turun ke bawah, ke tube station. Tapi kali ni pun macam pening2 gak, sebabnya kat situ ada 3 jenis line (Circle, District dan Victoria). Nak ke Bayswater, kami boleh ambil Circle atau District, tapi Circle lebih jimat masa, tapi kena make sure turun kat platform yang betul. Kalau tak, makin jauh perjalanannya. Masalahnya, kami tak tau nak beli tiket camana guna mesin, manusia teramatlah ramai. Nak dijadikan cerita, dalam duk pening2 tu, Rizal pi tanya polis kat situ camana nak naik Circle Line. So dia tunjukkan platformnya. Kami terus turun ke platform tu tanpa ada sesapa atau mesin yang check tiket. Sampai kat situ, kami heran….kat mana nak beli tiket. Rupanya kami lepas tanpa beli tiket, sebab kebetulan dah 3 hari London ada pesta (tak sure apa namanya….Jamaica Fiesta….lebih kurang la), agaknya sebab tu lah pengawasan tiket takde. Disebabkan kami takut kat Bayswater nanti tak lepas, Rizal naik semula ke tempat tiket. Aku tunggu beg kat bawah. Lama gak tunggu dia, sebab orang memang ramai. Dekat setengah jam lah. Aku sempat buat observation, setiap line punya palang besi yang berlainan warna mengikut warna line. So aku hanya perlu cari tube yg punya warna palang kuning, menunjukkan Circle line. Akhirnya Rizal datang dengan tiket dan kami dapat juga naik tube tu. Rasanya dalam 15 minit kami sampai di Bayswater. Sampai sini….lagi sekali tiket tak diperiksa, juga sebab pesta tu. Kat sini lagi happening….jalan2 ditutup. Ramai orang menari2 di tengah2 jalan, ada yang menyanyi atas bumbung, ada yang mabuk. Semua kawasan sangat2 kotor dan teruk….teruk betul. Lagi teruk dari KL.

Misi mencari London House Hotel

London House Hotel, 81 Kensington Gardens Square, Bayswater, Westminster, London W2 4DJ. Masa kat Malaysia, aku dah study map hotel tu, nampak macam senang. Tapi silapnya kami, keluar je dari stesen tube, terus tanya polis dan ditunjuknya arah yang jauh. Tapi tak terfikir pula aku nak rujuk balik map tu, terus ikut je cakap polis. Bila dah jalan2 cari tempat tu, tak jumpa2….kami tanya plak polis kedua, dan ditunjuk pula jalan yang patah balik ke station tube tu. Lagi kami pening…dengan lautan manusia yang berpesta. Takut pun ada. Aku teringat peta tu, so try cari. Bila tak jumpa juga, kami tanya another polis, hahahahaa….kali ni mana2 ntah direction yang dia tunjuk. Aku nekad nak cari sendiri guna peta tu. Alhamdulillah, setelah penat lelah pusing sana sini, rupanya dekat sangat hotel tu dengan tube station. Menyesal je rasa tanya polis2 tu, kalau ikut peta dari awal kami tak akan rugi masa macam ni. Sampai di hotel, aku terlepas jumpa Mie, dia dah datang dalam 10 minit sebelum aku sampai. So sementara kami tunggu dia datang, kami mandi dan solat. Alahai, memang budget hotel sungguh, toilet and shower pun kat luar. Takpelah, satu malam je….tapi ratenya ngalahkan hotel 4 stars kat Malaysia. Sejam lebih lepas tu Mie sampai, so dia ajak kami makan kat halal restoren. Aku makan kebab. Mie kata, kalau sampai awal memang dia plan nak bawak kami jalan2 mana2 tempat yang dekat. Tapi disebabkan kami dah banyak habis masa mencari hotel, terlepaslah peluang kami untuk jalan2 kat kota London. Takpelah, lain kali kami datang laei. Lepas makan, hampir semua kedai tutup, memang takde peluang shopping. Kami balik hotel tidur je lah. Memang penat betul. Nampaklah pihak majlis perbandarannya tengah clearkan sampah sarap yang teramat banyak tu.




© Pidgin Technologies Ltd. 2008.