. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <IMG SRC="http://srv.fotopages.com/2/18546576.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 30-Jul-2007 12:00
Malam Silaturrahim 2007, di OR GPMS UIAM

Ni sebelum berubah venue ke OR GPMS.


Tempat : Tingkat 4, OR GPMS UIAM, Gombak, Selangor.

Malam Silaturrahim 2007 adalah nama bagi mass gathering yang dijalankan oleh GEMADA di UIAM Gombak. Dengan nama ini, harapan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli. Walaupun bukan dari Penang, anda dijemput untuk hadir sebenarnya.

Keratan dari 'Buletin Edisi Merdeka Ogos-Sept 2007' :
‘SILATURRAHIM’ BERTAMBAH KUKUH.
30 Julai 2007 yang lalu menyaksikan satu majlis 'Malam Silaturahim 2007' yang dianjurkan oleh GEMADA yang diadakan di OR GPMS. Majlis yang dimulakan pada jam 9.00 malam bertujuan untuk mengumpulkan mahasiswa-mahasiswa dari negeri Pulau Pinang tampaknya mendapat sambutan meriah seperti yang di harapkan. Dengan kehadiran seramai 46 orang majlis tersebut dikatakan sukses kerana telah berjaya 'menghepikan' para hadirin dengan mengenyangkan perut mereka. Majlis dimulakan dengan kata-kata laluan oleh MC Majlis, Zae'em dan Ayien. Kemudiannya diteruskan dengan ucapan taklimat GEMADA oleh Timbalan Presiden Gemada, Abg Amran, bagi menerangkan kepada ahli-ahli baru tentang apa itu sebenarnya GEMADA. Katanya,
"GEMADA ni, dia bergerak bukan sebagai satu kumpulan tetapi sebagai satu 'family'... itulah kemanisan GEMADA...".
Majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan gamat seketika apabila salah seorang pemenang hadiah menjatuhkan rak buku apabila nombornya diumumkan menang. Heh! Kemudian diteruskan dengan taklimat ringkas oleh Naib Presiden MPMPP, Mohamad Khairul tentang apa itu MPMPP kerana ramai yang tidak tahu menahu apa itu MPMPP. Adakah sama dengan MPSP? atau MPPP?
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Presiden GPMS, Shamir. Ucapannya ringkas tetapi padat."Saya tak boleh berucap lama-lama sebab semua dah lapaq...",ucapnya. Kemudian, diteruskan dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh Biro Penerbitan (saya la tu!). Para hadirin bergembira setelah sekian lamanya akhirnya dapat menjamu selera.. Dengan disajikan bihun goreng yang lazat serta air kordial yang sedap, ada antara hadirin terutama penulis menambah sehingga 4 kali!! Kata Nasir,"Saya tak sangka dapat makan banyak ni. Syok betoi join gemada. Pakat join ramai-ramai la camni. Dapat makan free...".
Diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa mendatang bagi memastikan GEMADA tak lapok ditelan zaman. n


“KAMI DATANG KERANA SEMANGAT SILATURRAHIM BUKAN KERANA MAKANAN...”




© Pidgin Technologies Ltd. 2008.