perhimpunan bulanan kali ini agak berbeza daripada bulan2 yang lepas.
kombinasi 10,000 langkah (tak sampai punnn) - poco2 + bulan kemerdekaan = Perhimpunan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan JKNS diadakan.
Sambutan dimulai dengan perarakan Pengarah Kesihatan Negeri, Yang Berbahagia Dr.Andrew Kiyu yang diiringi dengan paluan kompang dan barisan berwarna-warni staf HQ dari Pejabat Utama ke Dewan Makan Kolej Kejururawatan.
Setibanya disana, rombongan ini disambut dengan tarian tradisional, bacaan doa selamat, koir, bacaan ikrar, koir...koir...n koir lagi sebab sembilan (9) buah lagu semuanya (termasuk lagi wajib - Negaraku, Ibu Pertiwiku n Sihat Sejahtera) dinyanyikan bersama.
Selingan di antara nyanyian ialah laungan "Merdeka" oleh YB Pengarah dan juga tayangan video sejarah perubatan di Malaysia.
Acara yang paling ditunggu2...ape lagi kalu bukan makan satayyyyyy!!! bohong sape kata tak tunggu acara nie! muahahahaha........
so, nie serba sedikit saat-saat yg sempat dirakamkan. so pada staf HQ, sape2 nak gambar, sila download n print dengan tokey kedai gambar. hehehehehe......