Pada pertengahan Ogos yang lepas, saya diberi tanggungjawab untuk menjalankan kajian Kejohanan Bola Sepak dan Hoki Premier bagi membangunkan sistem e-Kejohanan di Kota Kinabalu, Sabah. Mengenangkan Adreana yang masih terlalu muda untuk ditinggalkan ditambah pulak dia seorang FULLY BREASTFED BABY, Adreana Najla telah diberi peluang untuk ikut Umi dan ayah ke Sabah. Walaupun sedih untuk tinggalkan Abang Ariff dan Abang Akeef, Umi anggap ini sebagai satu pengorbanan pada tugas dan perjuangan seorang ibu untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Thanks a lot untuk my hubby tersayang yang sangat memahami... U r the greatest husband in the world, cayang abang... A bunch of appreciation also goes to my dear Ariff and Akeef (even it was not ur choice). Umi n Ayah always love u, Ariff, Akeef and Adreana and pray for the best, fiddunya wal akhirah...