| Monday, 3-Sep-2007 04:11 |
|
MAJLIS PERTUNANGAN..
|
|
“MAJLIS PERTUNANGAN DI ANTARA
HAJI MOHD FAZIL B. HAJI PUTEH & FARAHTINA BT. NORDIN"
TARIKH : 25 OGOS 2007 / 12 SYAABAN 1428
HARI : SABTU
TEMPAT : TAMAN GURU, YAN, KEDAH.
MASA: 10 PAGI – 6:30 PTG
ALHAMDULILLAH…
Itu sahaja yang dapat saya lafazkan. Bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana telah mengizinkan segala-galanya berjalan dengan lancar. Kenduri kahwin, majlis pertunangan dan adat Melayu terlaksana dengan meriah,tapi penuh kesederhanaan. Alhamdulillah.. bersyukurnya saya…
Terlebih dahulu, bagi yang masih keliru, saya memohon jutaan kemaafan kerana tidak meng’update’ cerita sejak sekian lama. Ramai yang keliru bahawa majlis yang dilangsungkan adalah majlis pernikahan saya. Sahabat.. pembetulan ini tidak disengajakan kelewatannya, sementelah saya terlalu sibuk dengan kelas pengajian dan tugasan kerja yang silih berganti. Tarikh awal yang sepatutnya dirancang juga terpaksa ditunda ke hari ini kerana mengenangkan saudara-mara dan ahli keluarga yang tidak dapat cuti untuk bersama-sama menghadirkan diri.
Saya tidak menyangka, majlis kecil yang hanya dirancang untuk saudara-mara terdekat dan rakan sekerja, bertukar menjadi majlis yang agak besar juga. Ramai yang terkilan kerana tidak ‘dijemput’ ke kenduri ini.. Aduh.. letih juga memohon maaf. Kepada sahabat-sahabat dan rakan taulan emak, abah dan bakal suami yang kebanyakannya guru, ada yang berkecil hati kerana tidak dijemput. Bukannya sengaja, tapi tidak merancang sedemikian rupa. Abah pula memasang khemah makan seperti adanya kenduri kahwin, maka tidak hairanlah jika ramai yang beranggapan ada kenduri besar sedang berlangsung.
Apapun, terima kasih kepada yang sudi menghadirkan diri dan mengucapkan Tahniah. Terharunya saya kerana kali ini, status diri sudah berubah. Jika dulu hanya memikirkan nama baik abah, emak dan diri sendiri; sekarang ada nama baik seorang lagi Hamba Allah yang perlu saya jaga sepanjang masa. HAJI MOHD FAZIL.. Kehadirannya sekilas cuma di lintasan mata saya awal Mac lalu, namun tidak terduga akan menjadi teman hidup ke akhirnya, dengan izin Allah.
Insya Allah jika tiada aral melintang, kenduri besar akan dlangsungkan pada 22, 23 dan 24 Disember nanti di Kedah. Kepada para sahabat yang sudi menghadirkan diri, bertuah benar saya rasa di atas kehadiran anda semua. Bagi yang belum menghantar alamat, sudilah kiranya mengirimkan alamat sahabat semua ke email saya bagi memudahkan urusan penghantaran kad jemputan nanti, ya?
Akhir kalam, jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan buat Emak (Cikgu Faridah), Abah (Cikgu Nordin), abang-abang saya (Nakia & Jestin), kakak-kakak ipar (Suriati & Raihani), adik-adik (Rafel, Farah Alia, Farah Tasya & Iqbal) serta anak saudara yang comel dan cerdik, Jasmin Hani Jestin; di atas segala-galanya.
Juga jutaan terima kasih buat keluarga Haji Mohd Fazil – Kak Melah, Abang Long, Mak Su, Pak Su, Makcik, Pakcik dan lain-lain kerana menerima saya ke dalam keluarga mereka dengan tangan terbuka. Semoga ikatan ini akan kekal hingga ke akhir zaman.
Assalamualaikum..
|