Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 30-Mar-2006 09:38
Marib - Once Upon a Time in Sheba
Marib sebuah daerah di Yaman yang jarak jauhnya 120km(2 jam setengah) dari Bandar Sana’a. Pada zaman dahulukala, disinilah letaknya pusat pemerintahan Kerajaan Saba(Sheba), yang mula berdiri pada tahun 950S.M dan berdiri megah pada tahun 115 S.M. Kerajaan Saba ini telah menjadi mashyur kerana adanya dua sebab penting iaitu :

Ratunya. Kerajaan Saba telah diperintah oleh seorang Ratunya yang terkenal bernama Ratu Balqis di mana ceritanya ini dikaitkan dengan Nabi Allah Sulaiman dan burung hud hud telah disebut di dalam al Quran (surah An Naml 20-44, dan lihat pula at Thabari I:345 – 350). Antara kesan peninggalannya ialah tapak kuil ‘temple of the moon’ kerana penyembahannya kepada tuhan bulan ‘Almaqah’ dan tapak istana ratu ini. Kerja-kerja penggalian oleh ahli arkeologi masih lagi diteruskan dan segala barang2 purba yang dijumpai telah dipamerkan di muzium Negara Yaman di Sana’a.

Empangan Marib. Satu empangan yang terkenal didalam sejarah dunia dimana empangan ini boleh menakung air di antara dua buah gunung dengan kapasiti purata jutaan gelen sehari dan mampu membekalkan air selama 3 bulan kepada penduduknya dimusim kemarau. Air itu disalirkan bagi kegunaan pertanian dan harian di seluruh negeri Saba. Keberhasilan projek empangan Ma'rib ini telah membawa negeri Saba' ke tingkat kemakmuran yang paling tinggi. Kisah kerajaan Saba' yang makmur ini telah diabadikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran (surah Saba – ayat 16).

Walau bagaimanapun, kemakmuran Saba' tidak berkekalan dan berlangsung lama. Kemakmuran dan pembangunan yang mereka perolehi telah Menyebabkan mereka berpaling dari agama Allah. Mereka tenggelam di dalam kekafiran dan bermacam kemewahan hidup duniawi. Akhirnya Allah SWT menghancurkan umat Saba'. Empangan raksasa telah runtuh dan menenggelamkan seluruh rakyat Saba'. Kerajaan Saba' porak-poranda dan hancur buat selama-lamanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Mereka itu berpaling dari Tuhan, kerana itu kami datangkan kepada mereka banjir yang besar, begitulah kami berikan balasan kepada mereka, disebabkan kerana kekafiran mereka dan Kami tidak jatuhkan seksaan itu kecuali kepada orang-orang yang sangat kufur kepada Allah."

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.