Majlis persandingan sebelah pengantin perempuan Eila telah belangsung di Paya Jaras pada hari ahad 03/06/2007. Sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan diadakan majlis persalinan. Eila mengenakan 3 helai baju persalinan. Selepas hari bersanding saya sempat mengambil gambar pasangan pengantin berhampiran kebun kelapa sawit di hadapan rumah Eila.
Seminggu selepas itu diadakan pula majlis persandingan sebelah pengantin lelaki Nizam di Sg Buloh. Pasangan pengantin mengenakan baju serba biru yang diandam oleh Andaman Ila 012-3037196 dari Setiawangsa.
Terima kasih diucapkan kepada pasangan pengantin dan juga Andaman Ila atas kepercayaan kepada saya. Saya doakan semoga pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat.
Izuddin Photography