Ummi sememangnya umpama phobia untuk ke hospital lagi... ummi rasakan hospital bukan sahaja tempat gembira di mana... ramai bayi dilahirkan di sana... tapi ada juga tempat berduka... memberikan memori yang sedih bagi yang pernah merasakannya. Jadi ketika mendengarkan perkhabaran ayah Haikal perlu di tahan di wad. Air mata ummi menitis laju.
Kronologi
6 Ogos 2007 Ayah Haikal berkerja shift malam pada malam tersebut... sebelum pergi kerja ayah haikal mengadu sakit kepala yang ama sangat.
7 Ogos 2007 Pagi selepas selesai kerja... ayah duduk lepak tepi pagar... memang kawasan tersebut banyak nyamuk ketika subuh.
8 Ogos 2007 Ayah Haikal mengadu lesu yang amat. Seperti mahu demam katanya. Pergi ke klinik.
10 Ogos 2007 Buat ujian darah... tapi perlu dibuat sekali lagi kerana bagi mahu memastikan dan mengesahkan bahawa ayah positif denggi
11 Ogos 2007 Pagi setelah selesai bersarapan ayah pun sekali lagi ke hospital Lourdes, jalan Ipoh untuk buat ujian darah. Sebelah petang mahu ke majlis harijadiQistina&Co. tapi kereta pula breakdown. Terpaksa berpatah balik ke rumah dengan menaiki teksi. Selepas Maghrib, dapat panggilan dari hospital yang mengesahkan ayah benar² positif denggi. Jika ayah tak tahan, boleh warded malam tu juga.. tapi kalau rasa tahan esok pagi sahaja.
12 Ogos 2007 Setelah bersarapan... ayah 'menyerahkan diri' ke hospital... selama 4 hari di sana...
15 Ogos 2007 dan pada hari ini.. ayah telah dibenarkan keluar... alhamdulillah.. selama di sana, hampir berbelas botol telah dimasukkan ke dalam saluran darah. Tapi selain itu, doktor telah membuat ujian xray untuk memastikan tiada sebarang masalah. Cuma, keputusan ujian jelas menunjukkan ada 'parut' pada paru² sebelah kiri. Mungkin pernah berlaku virus infection di situ. Doktor memberikan lagi 2 minggu untuk di periksa kembali. Jika masih ada, ujian CT scan pula akan dijalankan.
Selama itu jugalah, ummi & haikal berkampung dirumah nenek. Memandangkan perjalanan dari rumah nenek ke hospital lebih dekat jika mahu dibandingkan dari rumah kita. Sementara ummi ke hospital, haikal di jaga oleh nenek & makcik Haikal. Terima kasih pada kawan² yang turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayah Haikal.