Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Nak amik kamera..

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Nak amik kamera



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 8-Aug-2007 06:50
:: Kimi's at 7 months Old ::
Dah Lama rasanya tak update FP Ain, penyakit yang sentiasa menghantui warga FP dah pun berjangkit kat Ain..penyakit 'M'..hehe...tapi arini Ain coba me'rajin'kan diri..untuk update perkembangan Kimi masa umurnya 7 bulan...oleh kerana penyakit Ain ni, Kimi dah pun masuk 8 bulan skang ni...sabor jerlaa..

Gambar kat bawah ni Ain sajer pakaikan key papa dia gaya cam pompuan..coz nak tengok..ada tak gaya muka mama dia..hehehe...memang ada gaya mama dia kan? Pastu ain ketawa terkekek2 coz tak tahan geli hati tgk gaya Kimi men'gaya'kannya..dan papa plak ketawa coz tgk mama dia dah tak baper nak betul..hehe..ader ker baby boy wat gaya baby girl... ..Skali skala ubah gaya..jgn dah besar nanti nak pakai camni dah Kimi yer..haru dibuatnya..huhu..




Quote:
Antara perkembangan ketara Kimi bila umurnya dah masuk 7 bulan:
++ Dah merangkak dengan lajunya (yg ni menambahkan lagi kesibukan mama dia.. )
++ Dah pandai berdiri sendiri dgn bantuan kerusi, meja even walker dia (yg ni lg bahaya, coz takutla terjatuh ker, tersadung ker.... )...harap2 bila dia dah 8-9 bulan ni dia akan berjalanlaa..lagi senang kerja mama ngan papa dia..hehe...
++ Dah tumbuh gigi 4 batang (gigi atas dia punyerla besar, cam nak sama cam gigi mama.... )
++ Dah leh makan roti cicah air suam...sekali suap, leh habiskan 2 keping roti gardenia tu.
++ Dah makin lasak... ...kadang2 tu siap leh berpeluh la main kejar2 ngan dia ni..tapi org kata jgn larang sangat dia nak explore new things kan coz time tula dia nak belajar kan..
++ Skang ni ada pesen baru kalu dia nak tidor...hisap bucu bantal tidor..so tidor mmg tak suka beralaskan bantal...sabor jerla..
++ Makin suka tengok TV....skang ni rancangan paling dia minat Thomas and Friend dan citer kartun Kacang kat TV1 tu..ada saper2 yg minat sama ngan Kimi tak? Boleh ketawa2 dan kereut2 kening kalu tengok 2 rancangan ni..siap leh lari dari mana2 g depan TV..tapi lari ngan walker dialaa...
++ Dah pandai main sembunyi2.... ...lepas dia dah jumpa kita, dia akan lari tak ingat dunia...hehe..dia ingat kita nak tangkap dia coz dia dah terjumpa kita kann...hehe..yg ni mmg takleh tahan tgk reaksi muka dia....
++ Imej dia suka ketawa tu masih sama....tapi skang ni lagi ketara ngan giginya yang 4 batang tu...


Oklah itu yang setakat ni yang Ain ingat, tapi Ain rasa semua baby perkembangan dia lebih kurang samakan..tapi takperla..ianya sebagai ingatan utk Ain jugak dikemudian harikan....

Dan ini pulak kisah masak2 hujung minggu aritu...actually ada banyak gak resepi yg Ain cuba, tapi disebabkan penyakit 'M' tu dah berjangkit kat Ain...so takderla aksi2 amik gambar pas masak..kih2..tapi minggu ni Ain dah elok skit dari penyakit tu kan...so Ain nak citerla resepi yg Ain dah cuba ni..resepinya adalah Pau tradisional cara Kak Rinn..sebab apa Ain cuba wat resepi ni...coz mmg pau ni makanan kegemaran hubby Ain...Ain takleh sangat nak try masakan yg bukan kegemaran dia..nanti membuang,...hubby Ain ni mmg jenis tak suka mencuba makanan yg dia tak biasa makan..

So disebabkan pertama kali cuba nak wat pau ni, mmgla hubby tak caya...ayat dia..."aik nak wat pau...tau ker? Jadi ker?" sebenarnya bukan kata dia jer, Ain pun tak caya ngan diri Ain ni sendiri..huhu..tapi takperla, tak cuba tak tahukan....

Bila dah siap menguli tu, dapatla dlm 22 biji pau....ingatkan dah elok2 Ain wat bulat tu, cam kecik come jer...tapi bila adunan tu diperam 30 minit, mak aii...naik dia 2 kali ganda....nasib masa tu Ain potong daun pisang mmg besar2..so bila time nak mengukusnya pulak...Ain potongla lagi daun pisang tu bagi cantik..skali bila dah masak..adunan tu naik lagi sekali ganda...maka tenggelamla daun pisang tu..skali imbas tengok cam dah takder alas daun pisang jer...hehehe...dan hasilnya pau Ain tu mmg gebusss....mkn sebijik pun dah kenyang.....ooo lupa plak nak bagitau, Ain wat inti kacang merah....ni ain tak jumpa resepi dia..so Ain main hentam jerla..coz hubby suka pau kacang merah..

Dan, alhamdulillah...jadilah PAU KAK RINN ni...dan hubby Ain bagi 2 thumbs up..hehe..tima kasih Kak Rinn..tapi pau Ain ni taklah secantik pau Kak Rinn dan yg jual kat kedai tu..tapi lehla nak wat breakfast ngan minum petang tu.....

Nila rupa kuih pau Ain tu....


Resepinya leh dapatkan resepi asal
di sini


PAU KUKUS TRADISIONAL
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.

Ok, itula perkembangan Ain setakat ni....nanti Ain update gambar kimi yg terbaru bila dia umur 8 bulan..hehehe..


Quote:
1. Rinnchan~~> Tima kasih Kak Rinn...mmg menjadi resepi Kak Rinn ni..buatnya pun tak susah..mmg cik abang tak caya.... ..hehe..nampaknya lepas ni kene try resepi Kak Rinn yg lain2 plak....
2. MaDiHa~~> Nampaknya samalah kita Kak Madiha..mmg suka pau kacang merah..akak cubalah wat pau ni..mmg senang jer..ain wat pun tak amik masa lama..itula skang ni ada sikit penyakit 'M' tu, itu yg lama baru nak update...Kimi skang ni lasak Ya Rabbi.... ...badan pun dah banyak susut..camner Kak Madiha leh maintainkan badan Haziq tu bambam comel2 jer?
3. Marlin~~> Itula, stakat ni baru ada 4 batang gigi yg besar...Oic, org panggil gigi besar tu gigi besar umah yer..baru tauu......hehhe..senang jer nak wat pau pakai resepi Kak Rinn ni..mmg digalakkan mencuba..hubby Ain mmg suka makan kuih pau..slalu gak dibelinya..itu yg rajin nak mencuba..Marlin kene cari penawar cepat2 penyakit 'M' tu..takut nanti jd cam FP Ain, dah hampir nak bersawang..hehehe
4. LinMeor~~> Yer ker, dah 2 kali cuba yer..apa kata Linda cuba resepi Kak Rinn ni pulak..mmg recommendedla..hasilnya mmg memuaskan hati, Ain pun baru 1st time cuba tu..alhamdulillah nampaknya menjadi..Linda cuba lagi yer..
5. $weE+666~~> Ain dah tengok koleksi LAIN ni, mmg totally LAIN dan Menarik..maybe 1 fine day Ain nak tempah..anyway thanks.
6. momi_d's a.k.a leen~~> Itula..dah start dah Kak Leen, mmg jenuh dok mengejar dan menyusun benda yang di'simpan'nya...skang ni plak dah pandai berdiri lepas tangan..dah banyak kali jugak jatuh sampai berdarah bibir... ...agaknya suma baby boy kalu baya2 Kimi ni mmg rajin 'mencuba' benda-benda baru kot..mmg tak serik..Hehe, kuih pau tu coz hubby suka makan, cian plak kat dia, kalu teragak nak makan, g la cari kat kedai..pas ni kalu dia teragak...lehla Ain watkan..Kak Lenn cubalah..tak susah pun kalu guna resepi Kak Rinn ni dan InsyaAllah menjadi dan gebuss..
7. Yan~~> Wau, business Yan ni dah maju ni sampai Aziz Satar pun jemput Yan...Nanti Ain slalu lawat FP Yan yer..dan kalu ada yg bertanya lehla Ain tlg promotekan nanti.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.