| Monday, 6-Aug-2007 14:18 |
|
PERKHIDMATAN QURBQN, AQIQAH, NAZAR dan DAM
|
|
Al Musa Agensi (AMA) terlupa menjelaskan secara terperinci megenai perkhimatan Qurban, Aqiqah, Nazar dan Dam. Ramai jemaah bertanya cara untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan.
QURBAN
"AMA " [/b]melalui rakan kongsi "Bin Nagi Al Amoudi Group"(BNAAG)di Makkah Al Mukarramah memberi perkhidmatan melaksanakan sembelihan Qurban samada Qurban Unta, Lembu atau Kambing. Biasanya BNAAG" akan tentukan jenis haiwan yang akan diqurbankan kerana ianya bergantung kepada harga pasaran semasa . Umumnya haiwan sembelihan untuk Qurban ialah kambing atau lembu sahaja . Walaubagaimana pun jika ada jemaah yang berhajat senyembelih haiwan tertentu seperti Unta atau lembu atau kambing "BNAAG "[/b]boleh melaksanakannya insyaAllah. Jika ada kumpulan 7 orang adalah lebih mudah diuruskan untuk Unta atau lembu.
Anggota-anggota "BNAAG" sendiri mengurus dan melaksanakan sembelihan di Mina ( Tempat sembelihan khas di Mina )."BNAAG" juga menentukan sebelum sembelihan dilaksanakan, petugas membaca nama-nama mereka yang melaksanakan Qurban .
Haiwan yang telah disembelih dilapah dan dipotong kecil serta dimasukkan ke dalam beg pelastik kemudian dibahagikan kepada umat Islam disekitar perkampungan Makkah Al Mukaramah terdiri dari oarng-orang Fatani, Malaysia,Indonesia, Takaruni , Arab dll.
Tarikh sembelihan Qurban ialah pada Hari Tasyrik iaitu b] (Hari 11, 12, dan13 Zulhijjah tahun semasa ) . Oleh kerana keadaan di Hari Tasyrik terlalu sesak dengan lautan manusia dimana semua jemaah haji (Lebih kurang 2.5 juta orang) ketika itu berhimpun di Mina , maka sudah tentu sukar untuk mengurus / melaksanakan sembelihan dan harga haiwan juga melambung tinggi dan sukar mendapat pekerja untuk melaksanakan sembihan (Kebanyakan mereka mengerjakan ibadah haji) . Oleh itu "BNAAG"[/b] menawarkan perkhidmatan sembelihan Qurban agak tinggi iaitu RM350.00 seorang.(Ringgit Malaysia Tiga ratus Lima Puluh )
AQIQAH DAN NAZAR
"BNAAG" juga melaksanakan sembelihan untuk Aqiqah dan Nazar .Biasanya sembelihan dilaksanakan di luar musim haji. Ketika ini keadaan di Makkah agak tenang dan tempat sembelihan tidak terlalu sebuk seperti di musim haji. Justru itu harga haiwan dan upah perkhidmatan sembelihan lebih rendah berbanding harga sembelihan Qurban . Walaubagaimana pun jika ada jemaah yang berhajat /nazar melaksanakan Aqiqah atau Nazar di musim haji " BNAAG " boleh laksanakan juga insyaAllah.
Proses sembelihan, niat, pembahagian daging-daging kepada umat Islam di perkampongan Makkah Al Mukarramah adalah sama seperti perlaksanaan Qurban. Cuma suasana semasa sembelihan Aqiqah dan Nazar agak tenang dan selesa.
Harga bagi melaksanakan Aqiqah dan Nazar ialah RM280.00 seorang.(Ringgit Malaysia Dua Ratus lapan puluh )
DAM[/b]
[b] " AMA" menawarkan perkhidmatan Dam ialah bagi membantu jemaah haji atau jemaah umrah yang telah pulang ke Malaysia tetapi terlupa membayar Dam di Makkah. Tidak sempurna / lengkap Ibadah Haji atau Umrah jika tidak menyempurnakan Dam di Makkah. ( Mengikut Hukum Syara' sesiapa yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah dan mereka dikehendaki membayar Dam seekor kambing atau seekor unta atau secupak gandum dll, maka mereka wajib menyempurnakan Dam tersebut di Makkah bukan di Malaysia. ). Oleh itu bagi membantu mereka yang menghadapi masalah ini "AMA" ingin membantu menyelesaikan masalah mereka dengan melaksanakan Dam ( Samada sembelih Unta atau kambing atau membahagikan gandum kepada fakir miskin ) di Makkah dengan kadar segera.
Cara sembelihan, niat, dan membahagikan daging sama seperti diatas.
Harga bagi satu Dam kambing ialah RM280.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus lapan puluh sahaja )
Bagi Dam seekor Unta RM280x7 = 1,960.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sembilan Ratus Enam Puluh) Bagi gandum RM10.00 secupak.
Dato'/Datin/Tuan /Puan yang memerlukan perkhidmatan di atas bolehlah menghubungi "AMA" cawanga Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Alamat, No Telefon dan E-Mail boleh didapati di fotopages ini. Borang-borang disediakan untuk memudahkan urusan akad dan sebagainya.
Semoga Allah sentiasa memberkati / merahmati Dato' /Tuan/Puan seisi keluarga... dan menerima ibadah Qurban, Aqiqah, Nazar, Haji dan Umrah dengan sewajarnya. Doa Al Musa Agensi dan Bin Nagi Al Amoudi Group semoga mendapat Haji Mabrur dan Umrah Mabrurah Amin Ya Rabbal A lamin.
|