| Thursday, 17-May-2007 07:53 |
|
|
|
Hari ke 3: Mendaki gunung Mat Chinchang, Melepak, Layan Hakim main2 tepi Pantai Kok, dan berjalan ke rumah member.
Pergh, punyalah penat sebenarnya pi gunung mat chincang ni. Memanglah mendaki gunung tu naiknya guna kereta kabel. Syok aje layan gayat dari base station, naik ke station pertama. Mula2 naik station pertama tu, puncak gunung tu sejuk macam dalam aircond. Pemandangan kelabu semacam. Apa taknya, dikelilingi awan.. tapi kejap jelah. Pastu, bila dah clear, puas layan ambik gambar. Hmm.. hakim kalau bab possing ni serah kat dia. Tengah berjalan pun sempat berhenti kejap nak amik gambar.
Tak lama kat stn pertama ni, kitorang lari pulak ke stn kedua. Hakim macam biasa, steady aje dia dalam gondola tu. Jejak aje atas platform stn, wahhhh.. punya tak ingat berlari sini sana. Babahlah yang berkejar sana-sini nak tangkap dia. Pemandangan kat sini lagi cantik dengan banyak formasi batu kapur di puncak bukit bersebelahan.
Jeng-jeng-jeng... tang ni lah yang sebenarnya paling memenatkan. Actually dari stn pertama lagi dah nampak jambatan gantung ni. Tak sabar2 nak sampai ke jambatan gantung ni. Rupa2nya bila dah sampai kat stn kedua ni, barulah tau access nak ke jambatan gantung ni yg ada cuma jalan turun bukit. Dalam erti kata lain, membetis. Time turun, ewahh.. laju. Tak sampai jambatan gantung tu lagi pun dah senak kepala memikirkan camnalah nak memanjat ni nanti.
Sampai kat jambatan gantung tu, berbaloi rasa, indah sungguh bumi ciptaan tuhan ni. Hilang penat... tapi cam biasa, dah namanya jambatan gantung, mestilah gayat gak sikit2 melayan jambatan ni bergoyang kena tiup angin. Sampai stesen terhujung jambatan ni, si hakim rupanya tau penat jugak. Merengek2 kat mama. Letak aje beg, terus diterkamnya botol susu yang terjojol keluar dari poket beg. Siap landing tuhhh...
Sesi bergambar tamat, sampailah masa untuk turun. Eh.. memula kenalah daki dulu naik ke stn kedua. Bab nilah.. berpeluh sakan biarpun kat kawasan tu sejuk sebenarnya. Penat mak aihh.. Takde singgah mana2, terus beratur giliran nak naik gondola turun.
Hakim dukungnya bertukar tangan, dari babah bertukar tangan ke mama. Puas hati berjalan melayan kerenah si kecik ni walaupun aktiviti ni penat yg amat. Sampai bawah, lepas pusing2 tengok barang, beli tshirt, gift apa semua, naik keter, berderum babah bawak cari makan. Lepas makan, melawat telaga ayer hangat dulu. Hemm.. takde apa sangat pun kat sini. Orang pun takde.. ambik gambar serba sedikit, terus menuju ke Galeria Perdana. Pergh.. kat sini pun asal2nya memanglah nak tengok barang2 PM(B) Mahathir.. ikutkan dalam hati, mesti best ni sebab tempat ber aircond, dan sure barang2 cantik banyakkk.. tapi si hakim ni.. alahai anak omak.. dia bantai buat macam rumah sendiri.. Dah jadi gelanggang berkejar2 dia ngan babah..
Lepas tulah baru pegi ke rumah member babah kat Belibis Ewa. Siap solat maghrib, makan apa semua, barulah kitorang bergerak ke hotel. Sampai hotel, masing2 lepak kepenatan. Lepas borak2 sambil menidurkan si hakim ni, semua aktiviti tergendala hinggalah hari esok...
|