Dah lama rasanya tak bercuti..
Destinasi kali ini ialah Genting Highland..kami dapat tiket drp suzi~ummi haikal~
Tujuan utama kami sebenarnya nak bawa danish enjoy wif rides yang ada kat puncak genting ni dan kami nyaris-nyaris membatalkannya coz something bad happen a night before... danish ditolak jatuh oleh seorang budak daripada 'musical ride' (yeke itu nama dia ) kat Giant ... tangan hero mama ni terkehel...siku terkeluar dari tempatnya...pengalaman ngeri yg tak akan kami lupakan sepanjang hayat..terasa gelap dunia mama & papa ketika melihat keadaan tangan danish yang terkulai, memang kami sangkakan tangan danish dah patah..nauzubillah! Kami bergegas membawa danish ke rumah tukang urut...selepas diurut, alhamdulillah siku danish telah masuk semula ke tmpt asalnya..tapi bengkak sedikit..kesan trauma kot!...
Bangun pagi sabtu, kami bertanya pada danish samada tangannya masih sakit..tak! selamba aje hero mama ni menjawab..so kami decide teruskan plan kami...
Sepanjang berada di puncak...danish kami letakkan didlm stroller shj utk mengelakkan tangannya disentuh/dilanggar orang...alhamdulillah tangannya boleh digerak-gerakkan..dan sempatlah juga danish naik beberapa rides yang digemarinya...
walaupun kali ni tak berapa enjoy...but papa dah janji akan bawa kami ke sini sekali lagi apabila tangan danish dah sembuh sepenuhnya...