Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


ummi masa zaman anak dara

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
ummi masa zaman



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 11-Jul-2007 02:53
TRIBUTE FOR OUR 1st ANNIVERSARY
Our 1st anniversary pada 02/06/07 aritu. Sekarang dah sebulan lebih. Ummi baru teringat nak post kat fotopages ini. Tiada apa yang istimewa untuk 1st anniversary ni. Kecuali kenangan rentetan suka duka ummi & ayah sebelum kami di satukan. Membuatkam kami cukup menghargai antara satu sama lain. Selain itu yang pasti dgn kehadiran yang tersayang Nurul Iman. Buah hati pengarang jantung ummi & ayah. Itulah hadiah yang tak ternilai buat kami berdua sempena ulang tahun kami yang pertama.

Kronologi kisah cinta ummi dan ayah yang telah melewati 10 tahun lamanya

1995
Kami mendaftar disekolah yang sama, Sek Men Teknik Melaka(blm knal lagi)

1996
Tingkatan 5, bibit perkenalan baru bermula. Kami start berkenalan, masatu kami berada dalam persatuan yang sama(Seni Silat Pelanduk Putih). Ayah jadi pengerusi, ummi ahli jer. Hubungan kami hanya setakat kawan jer tapi saling berbalas-balas nota-nota kecil yang disampaikan oleh posmen-posmen yg tak bergaji yang terdiri dari calssmate ayah dan ummi. TQ! Mr. Posmen ahaks..

1997
18/05/1997- kami mula mendaftar di universiti yang sama. Bidang kursus yang berlainan. Ummi ke FSKSM dan ayah ke FKE
16/08/1997- Pertama kali kami declare sbg pakwe makwe… eceh, gatal tul. 1st year dah nak bercouple. Malam tersebut ummi dera ayah suh naik balai cerap dengan beskal, dan pulang dengan bawakan sesuatu utk ummi dari sana untuk tunjukan buktikan cintanya pada ummi. Ayah bawa pulang pucuk muda…its really simbolik for our love

*spjg 5 tahun bercinta kat universiti hubungan kami asyik on and off jer

2002
Ogos - kami grad sama-sama. Ayah sesi sblh ptg, ummi sblh pagi.
09/09/2002 - ummi dah start keje kat jb

2003
Januari-ayah start amik KPLI
Mac – ummi & ayah decide utk berpisah. BREAK OFF. End story kisah cinta kami. Sebabnya kenapa, tak leh nak story, to complicated. Kami langsung lost contact lepas dari tu. Masing-masing membawa haluan sendiri.

2005
05/06/2005 - kami tak sengaja terserempak di kenduri kahwin member sekolah teknik dulu after 2 years kami lost contact. Masatu ayah siap mintak no tepon ummi (eceeh cinta berputik kembali la kekononnya ni)
07/05/2005 - awal pagi ayah dah hantar sms. Ayah mintak untuk jumpa ummi, sebelum ummi balik ke jb aritu. Ummi jumpa ayah kat muar dari pagi hingga ke kul 3 ptg. Wah banyak betul yang kami bual dan bincangkan. Ayah minta masing bagi peluang bagi diri masing untuk teruskan hubungan kami yang dah terputus. Ummi minta masa sebulan untuk fikirkan permintaan ayah.
10/07/2005 - ummi terima lamaran ayah setelah ummi buat solat istikharah 4-5 kali
20/08/2005 - family ayah datang merisik. Ayah datang dengan atuk & nenek je, bawa sehelai kain pasang + cincin silver belah rotan yg ummi masih sampai skang.
25/12/2005 - Ummi & ayah bertunang, dgn majlis cukup meriah. Ummi pakai baju kebaya warna pink(ayah kata macam pink panther..cehh). Semua orang gembira sbb atlast kami bertemu semula. Rombongan dari pihak lelaki yang asalnya hanya 7 kereta, atlast jadik 18 kereta. Adeiihhh….. tepuk dahi. Sib baik rumah nenek dan makanan yang disediakan cukup. Halaman rumah ummi pun penuh dengan kereta pengiring. Sampaikan saudara mara ummi, makcik pakcik, sepupu terpaksa beransur duduk kat luar rumah sebab bagi laluan pada tetamu.

2006
Tahun yang sibuk untuk ummi, sibuk outstation sampailah nak kawin
02/06/2006 – ummi dan ayah di nikahkan pada hari jumaat, jam 3.00 petang di masjid as-shamsudiniah
03/06/2006 – majlis kenduri kahwin dirumah ummi. Ummi dan ayah mengenakan sepersalinan baju lace berwarna biru. Ahli keluarga ummi pulak semua pakai baju warna biru jugak.
04/06/2006 – majlis menyambut menantu di rumah ayah. Ummi & ayah pakai baju kurung dan baju melayu warna hijau lembut.
22/07/2006 - Ummi disahkan mengandung, 8 minggu. 3 bulan pertama ummi mengalami alahan..but in the night (night sickness). Matahari terbenam jer, alahan pun bermula..

* selepas kahwin, ummi & ayah memang tinggal berasingan. Ummi di Jb, ayah di N9. Weekend baru jumpa, samada di Jasin@Muar@JB@N9. Ikut keadaan.

2007
ummi tengah sarat mengandung. Tapi leh lagi pergi jalan jejauh, ke kuantan-sepupu ayah bertunang, Cherating-family day sekolah ayah, PD-family day opis ummi.
19/02/2007 - Ayah maklumkan pada Ummi, confirm pindah ke JB dan mula mengajar di sekolah baru pada 26/02/07
23/02/2007 – Ummi admitted kat HSA
24/02/2007 – Pagi, mak tok datang dari Muar. Jenguk ummi kat HSA. Petang ayah pindah ke JB dengan barang-barang sekali. Ayah tak sabar nak tengok keadaan ummi.
26/02/2007 – Ayah mendaftarkan diri di sekolah baru di sek men taman daya 2
27/02/2007 – Jam 9.30 pagi, ummi dah masuk labour room. 10.30 pagi ayah sampai kat HSA untuk temankan ummi di labour room. Ummi selamat lahirkan nurul iman jam 7.18 mlm dengan berat 2.76kg.






masa bertunang, ada mcm pink panther tak... [/size=9]


[size=9]ambar family masa majlis kenduri kahwin kat rumah ummi[/size=9]


[size=9]Nurul Iman, inilah hadiah anniversary kami yang cukup bermakna[/size=9]


[size=9]sekarang kami dah lengkap sebagai sebuah keluarga. Ada ummi, ayah dan nurul iman. Setelah 10 tahun, inilah yang cukup ummi hargai, segala dugaan telah kami harungi

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.