Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


dibelah dua...
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
dibelah dua



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 20-Jun-2007 10:30
KEK ZEBRA
Bawak kek ni g opis....ada makan2...celebrate officemate nak further study...my fren tanya ko letak apa kek ni...halus jer...yeahhh..kek ni ringan, teksturnya halush dan gebushhh



Kek Zebra
Sumber: Jo's Deli Bakery

Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (mklang guna 4 biji telur agaknya grade B kott...besor jer.)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain


[quote]

syukri ~ tq...photographer takder tauliah...

cak ~ ala cak...practice make perfect...mklang dulu pun macam cak jugak...kalo tak tau tanya...call pun boleh...jangan segan2..mklang ni pun still learning lagi nih...belajar pun thru internet jer...join forum sana sini...


rinchan ~ anak2 dia pandai wat kek especially yg namanya rinchan tuh...

sayasha ~ kebetulan ada jamuan kat opis tu yg selak2 resepi nak wat kek yg maklang tak pernah buat utk diarang lagi...terpk kek zebra...

ainun ~ takder emulco pun tak per...ianya tak menjejaskan kek pun

amoy ~

gadis ~ alaa...skit2 bolehlahh...tak expert sgt tentang kek nih...perlu belajar lagik..


mamazieza ~ takder terrerist mama.....mama lagi ler terer...sekali berposing fuhhhh...ngancam....kain buruk takper dibakar, jangan kain sendiri g bakar lak..

jiejie ~ kek ni sekejap jer bakarnya....boleh wat sekarang jugak

ida ~ kuda belang terlepas dari zoo

lynn ~ sib baik dah jumpa...kalau tak, adalah kepala kena pancung

dOd ~ ala diela, biasa jer kek mklang ni..takderlah cantik manapun sbb yg buatnya pun bukan pro...
pstt....mklang sukalah tgk frame ngancam2 kat FP ko tuh...pandailah ..


snowy ~ salam...jangan panggil sifu...title tu menakutkan maklang...tak layak ..

Ana ~ meh maklang tiup skit...pus..pus..pus...kasi semangat skit kat Ana..

misslia ~ nanti nak buat kek zirafah plak

mama adam ~ hai mama...


ayu ~ memula ambik 3sb plain letak di tengah loyang..pastu ambik 3sb choc. pulak tindihkan atas adunan plain tadi...buat pelan2 jgn menitik, buatlah berselang seli...bila adunan dah tinggal 1/2, tukar guna 2sb pulak plain dan choc..for ur info, adunan choc. tu dia cair skit compare ngan plain so bila kita tindihkan atas adunan plain tadi, ia senang merebak ke tepi so jgn risaulah..buatlah sampai habis..insyaAllah, elok belangnya nanti..

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.