Mak maklang kasi pisang suruh wat apam pisang....sekejap benor dah licin...dikerjakan dek anak maklang dan adik beradik maklang.....suka resepi ni...apam pisang yg ringan...
Apam Pisang Kukus Sumber : diana
Bahan-bahannya 2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam
Cara-caranya 1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.
Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.
[quote]
faz ~ sila..sila...takyah bagi tau..ambik jer....sapa nak.. kasi jerrr....tak baik kedekut ilmu kan...bior sama2 pandai...
Ana ~ thks Ana...rajin mencuba...apam pisang ni pun sedap..perfect..
fifi ~ mklang pun...
nabia ~ resepi dah ada, apa lagi...jom buat sendiri..
ida ~ apam oo apam...
azi ~ mesti tak sabar nak balik mesia....mcm2 leh trykan !
rinchan ~ janji kek ye tak ! kalo mklang wat camtu la ni, mau gelak dek anak2..
ainun ~ boleh kam....guna paper cup pastu letak dlm acuan apam then kukuslah...maklang ni malas nak buat lagu tu...sumer nk cepat siap jer...