aku pernah dating
sekali
pertama dan
terakhir
tapi dia tunang orang
tapi aku tak menyesal
tiada niat merampas
hanya niat persahabatan
tujuan aku usaha
berjumpa dan dating itu
adalah untuk
memadam segala
api yang menyala
yang membuat aku
macam orang gila
untuk mengubat
hati ini yang bengkak bertepuk
dengan tangan sebelah
pendekkan cerita
kami jadi kawan
surat dan telepon saja
kerana seorang di utara
seorang ditimur
dia kawin dengan tunangnya
yang juga kenalan aku di kolej
aku pergi merantau
separuh dunia aku jelajah
bila balik
kawan - kawan
semuanya telah berkarier
telah berkeluarga
persahabatan kami kekal
walau dah lama
tak berhubung
api persahabatan itu
terus terasa menyala
dan aku gembira
persahabatan lebih
tinggi nilai
dari percintaan
tiada percintaan tanpa persahabatan
persahabatan tak perlukan percintaan
cinta tanpa persahabatan adalah
cinta nafsu
yang menguasai lebih 90 peratus cinta
cinta paras rupa
cinta harta
cinta pada kuasa
dan sebagai
persahabatan jarang putus ditengah jalan
biasanya kekal keakhir hayat
cinta selalu putus, putus dan putus
persahabatan kalau ada yang putus
lebih parah dari putus cinta
kerana ikatan persahabatan lebih
kuat dari ikatan percintaan