Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 27-May-2007 05:00
Scotland
CATATAN PERJALANAN

Pada cuti sekolah "spring break" ini, saya dan adik-adik berpeluang mengikuti bapak & mama serta satu lagi keluarga kawan saya berjalan-jalan ke utara UK, iaitu Scotland. Kami bertolak dari rumah pada pukul 5 pagi dengan menaiki van 17-seater, melalui M62 dan A1 hingga ke Edinburgh. Kami sampai di rumah kawan bapak di Edinburgh pada jam 11 pagi. Sepanjang perjalanan, tidak banyak gambar-gambar menarik dapat dirakamkan kerana keadaan cuaca yang kurang menarik.



Setelah makan tengahari di rumah kawan bapak, kami bertolak semula lebih kurang jam 3 petang meneruskan perjalanan ke utara Scotland. Perjalanan kami tersangkut lebih 1 jam di atas jalan A90 kerana keadaan trafik yang sesak ketika melalui "Forth Road Bridge" disebabkan oleh plaza toll (£1.00) dan pembaikan jalan di atas jambatan. Perhentian seterusnya adalah bandar St. Andrews yang popular dengan nama "Golf City" dan ais krimnya yang pelbagai rasa. Malangnya, apabila tiba di sana, kedai ais-krimnya sudahpun tutup. Kami meneruskan perjalanan melalui bandar Dundee dan Stonehaven sebelum bermalam di Days Inn Hotel, Aberdeen.



Pagi esoknya, tepat jam 7 pagi kami meneruskan perjalanan ke bandar Inverness. Seperti selalu, bapak lebih suka membawa kami mengikut jalan-jalan kampung untuk melihat panorama alam ciptaan ALLAH sambil menikmati pemandangan yang jarang-jarang kami lihat. Kami melalui beberapa puncak pergunungan tanah tinggi ("Highlands") di mana kelihatan salji masih menutupi sebahagian puncak bukit/gunung walaupun pada ketika ini telah hampir masuk musim panas. Taksub dengan kejadian MAHA ESA sehingga kami terlupa untuk merakamkan pemandangan yang indah ini. Setelah berhenti di beberapa buah kampung, akhirnya kami tiba juga di bandar Inverness.



Dari bandar Inverness, kami menyusuri tasik "Loch Ness" dan berhenti di beberapa tempat sepanjang tasik tersebut untuk menikmati pemandangan. Pada mulanya, kami berpendapat tasik Lochness ini mempunyai keistimewaan yang teramat sangat. Namun, sangkaan kami meleset kerana ianya sama juga seperti tasik-tasik lain di Malaysia ~ Tasik Pedu, Tasik Dayang Bunting, Tasik Kenyir, Tasik Chini dll. Ataupun mungkin perasaan jemu membuatkan kami berfikiran begitu setelah menyusuri tasik tersebut sejauh hampir 40 batu (mengikut jalan darat dan mengikut fakta, tasik Lochness ini adalah sepanjang 23 batu). Perhentian kami seterusnya adalah disekitar tasik "Loch Oich" berhampiran kampung "Invergarry" untuk menikmati bekalan makanan tengahari. Kemudian kami teruskan ke bandar Fort Augustus setelah menempuh hujan ais sebesar syiling 20p dalam perjalanan.





Setelah berehat beberapa ketika, kami bertolak dari Fort Augustus meneruskan perjalanan ke Tenggara Scotland. Beberapa bandar & pekan menarik yang dilintasi termasuklah Fort William, Onich, Ballachulish, Appin dan akhirnya Oban.





Oban merupakan bandar pelancongan dalam daerah Argyll and Bute, Scotland. Ia merupakan bandar terbesar di antara Helensburgh dan Fort William. Oban juga dikenali sebagai "Gateway to the Isles" kerana ia merupakan pelabuhan dan pengkalan feri yang terpenting menghubungkan kepulauan-kepulauan seperti Lismore, Colonsay, Islay, Coll, Tiree, Craignure on Mull, dan Castlebay di Barra dan Lochboisdale di South Uist. Kami menghabiskan masa hampir satu jam menikmati pemandangan dengan berjalan kaki meninjau bandarnya.



Pukul 4 petang, kami mula bertolak pulang ke Glasgow melalui "Loch Lomond and Trossachs National Park" dan "Argyll Forest Park". Sekali lagi kami berpeluang menyusuri satu lagi tasik, iaitu "Loch Lomond" yang panjangnya hampir 25 batu. Kami tiba di bandar Glasgow pada jam 6.30 petang dan kerumah kawan bapak untuk berhenti sembahyang. Malangnya kawan bapak tiada di rumah, dan kami terpaksa menunggu sehingga jam 8.30 petang sehinggalah kawan bapak pulang. Setelah bersembahyang maghrib+Isyak serta makan malam, kami bertolak pulang ke Hull pada jam 11 malam dan tiba pada jam 6 pagi.



SELESAI

Feedback

Quote:
Dear MamaElla,
Saya guna software Paint Shop Pro XI yang boleh didownload secara percuma dari Corel iaitu http://www.corel.com/servlet/Satellite?pagename=CorelCom/Layout&c=Product_C1&cid=1155872554948&lc=en . Selepas mama install, barulah mama edit gambar tersebut.

Caranya: (Cth)
1. Bukalah beberapa gambar yg mama nak edit (cthnya: 4 gambar bersaiz 1024 x 768).
2. Setiap gambar tsb, mama "resize" kepada 50%.
3. Mama lakukanlah apa2 editing dalam tu..(cth masukkan teks atau tambah border ~ teks boleh juga dimasukkan kemudian setelah tampal gambar tersebut).
4. Mama buat satu gambar baru (kosong/atau apa2lah) bersaiz 1024x768 (utk masukkan keempat-empat gambar tadi).
5. Buka setiap gambar (4 gambar tadi), copy dan pastekan ("as new selection") ke atas gambar baru yg dibuat dlm cara 4. Copy setiap gambar, dan paste, kemudian susunkan mengikut kesesuaian mama.
6. Kalau nak edit lagi dgn tambah teks / border etc ke atas gambar baru tu pun boleh lagi...
7. Lepas tu mama save lah fail baru tersebut.

Kalau mama nak tutorial bergambar mama tengok kat http://arif41man.fotopages.com

Ok..
==========================================================================
napie --> Alhmadulillah..sementara ada peluang.
==========================================================================
liutrawa --> Bapak + mama bawa jalan2 kitaorang ikut lah
==========================================================================
jeff --> terima kasih. Kecantikan tu, bukankah anugerah tuhan... bersama-samalah kita menikmatinya.
==========================================================================
mukhrizlatif --> terima kasih kepada bapak + mama kerana membawa kami jalan2.
==========================================================================
Din Mamantaro -> Kalau ada £££ tu best laaa... Kesian bapak, cari duit nak bawa kami jalan2.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.