Lepas gi kenduri kawin, singgah jap kat rumah kakak ipar aku kat klang jugak. susah sikit nak menyinggah umah die. nasib lar kalau2 ade hal kat klang bole singgah. kejap tak kejap dalam 2 jam gak melepak kat situ. ni gambar2 anak die alya maisara. sempena tajuk lagu mamat tu. umur dah 2 tahun 2 bulan. ni anak bertuah ni.. sebab kakak ipar aku banyak kali gugur sebelum dapat alya ni. rahim xkuat. lahir pun tak cukup bulan. sekarang ni alhamdulillah xde slalu sakit. sebelum ni, mase die kecik sket, slalu sakit. demam sikit masuk wad, selsema masuk wad. xbole sakit sikit. sekarang dah semakin nakal, comel dan bijak.. bagusla =D