Hujung minggu ni pergi kenduri rumah Mak Tam.Anaknya Ana(cousin KK) , melangsungkan perkahwinan dengan Awie (nama manja yang Ana panggil).Majlis yang menyatukan timur dan barat Semenanjung dan mengumpulkan saudara bara dari utara selatan timur dan barat Malaysia.Mungkin betul kata orang, makin teguh cinta, makin banyak halangannya..Mereka ini??Menurut zaman sekarang, terlalu awal untuk mengikat komitmen, dan mereka ini cukup berani untuk mengharunginya.Bagi KK, yang penting adalah rasa kasih yang tak berbelah bagi adalah yang paling sukar dicari jadi jika telah menemuinya, apa salahnya jika ingin hidup gembira kan?? Rezeki di tangan Allah, tetapi pesan Kakak wahai adik-adikku, hati-hati mengharungi hidup berumahtangga, tidak semuanya indah seperti disangka.-Macamlah KK pernah mengharunginya yekk?? Sekali lagi maaf dipinta kerana semua gambar memang tak pro, sebab tak berani nak ambil gambar dekat2, sebak..dan apa gunanya hire professional photographer kalau kita gak kena kerja keras kan..he3