Hubby maklang suka beli pisang semenjak-menjak nih. Pisang ni dah naik lebam duk duduk atas meja, sudahnya maklang buat kuih bom pisang utk minum petang..habis...alhamdulillah...tak membazir pun.
Kuih Bom Pisang Sumber : maisya
Bahan 600g pisang ranum
1 biji telur
120ml susu segar/santan
60-70g gula pasir
210-230g tepung gandum }
1st soda bikarbonat } diayak
Sedikit garam }
Cara Lecek pisang kemudian masukkan telur, susu dan gula.
Masukkan tepung ke dalam adunan…kacau rata.
Adunan hendaklah keras, jika lembik bentuknya tidak akan bulat.
Biarkan adunan selama 2 jam kemudian barulah dibentukkan bulat digoreng dalam minyak yang panas sehingga keemasan. Toskan minyaknya.
Nota - Sukatan tepung bergantung pada kelembapan pisang kerana pisang yang terlalu ranum memerlukan tepung yang lebih.