Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Shortbread
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Shortbread



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 21-May-2007 01:18
SHORTBREAD COOKIES
Resepi shortbread ni sedap....thks pd penyumbang resepi. Maklang tak tau sapa yg sumbangkan ni tapi yg pasti, geng Cari.com.



Shortbread Cookies
Sumber : cari.com

Bahan biskut
240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung (mklang guna susu baby coklat flavour...tu yg shortbread jadi gelap skti)

Hiasan diatas
500g coklat masak
125g coklat putih

Cara :
Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan ‘cutter’ ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.

Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.

Masukkan semula alat ‘cutter’ ke dalam biskut dan dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut ‘cutter’ dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Nota maklang : Adunan ini dapat sedikit sahaja, eloklah didoublekan jika ingin shortbread itu nampak tebal sedikit. Maklang buat 1 adunan jadi shortbread tak nampak tebal. Next time, kena doublekan bahan2 diatas.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.