Gara-gara nak perabihkan kurma tahun lepas yg dah keras kuntang dlm fridge.
Kuih Dadar Berjem Kurma Sumber : latifah
Bahan A – Pes dadar 100gm tepung gandum
100ml air sejuk
1st air kapur (mklang tak letak pun)
1 biji telur (kecik)
Cara buat dadar : Campurkan telur dlm tepung, masukkan air kapur dan air. Gaul dan tapis. Lenserkan sedikit majerin pada kuali leper. Panaskan kuali dan tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan ratakan dalam kuali dengan cara memusing kuali. Biarkan masak pada api kecil, tanda dadar sudah masak, bahagian tepinya terangkat ke atas.
B – Jem kurma 6-7 biji kurma (50g) dibuang biji
400ml air
100g gula melaka (maklang rasa letak brown sugar pun ok gak...)
2-3 kuntum bunga cengkeh (jika mahu) (mklang tak letak sebab tak suka bau cengkeh)
Cara buat jem kurma : Masak kurma dengan 200ml air. Gunakan api sederhana hingga kurma lembut. Lecekkan dengan sudu supaya kurma hancur. Tambah 200ml air lagi, masukkan cengkih dan masak lagi sambil kacau sekali sekala hingga kurma pekat dan tidak berketul. Angkat. (lebih kurang 30’ masa penyediaan)
[quote]
ida ~ gud idea nih merpati ! bolehlah mklang cuba buat camtu....ada skit lagi ni buah kurma nih....thks ya!
umi ~ kalo umi nak tau, jem kurma ni sedap jugak rasanya...maklang pun tak pernah rasa sebelum nih...ni lah pestaim buat jem kurma