Oleh kerana resepi kuih bakar bijan ni bahannya terlalu banyak, maka maklang buat hanya suku adunan sahaja…oklah utk small family macam maklang…taknak membazir. Maklang gunakan acuan kuih cara je…cepat masaknya…. Beli kat orang tak puas hati sbb ada rasa telur..tak lalu nak makan..buatlah sendiri lagi best !
Kuih Bakar Bijan Sumber : Pn Fauziah (Rasa)
BAHAN 450gm tepung gandum
6 biji telur gred A
500 ml santan
450 gm gula } didihkan bersama 400 ml air
80 gm daun pandan } mesin bersama 400 ml air dan tapis
2 titik pewarna hijau epal
1st garam halus
CARA 1.Satukan tepung gandum, telur, santan, air pandan, garam dan pewarna dlm bekas adunan, gaul sehingga sebati.
2.Kemudian, gula yang telah dididihkan dituangkan dalam bekas adunan tadi, tapiskan adunan tadi.
3.Sapukan minyak sapi pada bekas acuan dan panaskan sekejap.
4.Tuangkan adunan dlm acuan. Tabur bijan.
5.Bakar selama 35 – 40 minit pada suhu 180 C
[quote]
mya sara ~ ingat lagik...yg ni pun mklang bakor ateh dapo jer...cepat jer kak masaknya..
shida ~ resepi kat atas tu resipi penuh, bukan suku adunan ekk...