Tak rugi kalau kita rajin mencuba pelbagai resepi...hasilnya kita sendiri akan rasa puas hati atas sesuatu penemuan baru....kerangupan tahan lama gak....lama tu takderlah berjam2...but oklahhhh compare yg biasa kita buat tu....terimakasih pada D kerana tak lokek menyumbang resepi ni wpun resepi tepung utk gorengan...
Tepung untuk menggoreng pisang/keledek dll sumber : diana
Bahan-bahannya 75 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung beras
1 camca besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
garam secukupnya
gula secukupnya (jika mahu)
sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
130 ml air
3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)
Cara-caranya Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak. Selepas bancuhan diperab untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup
walaupun telah sejuk.