EXSAS menghantar 2 pasukan iaitu EXSAS EAGLES 'A' yang diwakili oleh pemain-pemain senior manakala EXSAS EAGLES 'B' pula diwakili oleh pemain-pemain pelapis yang terdiri daripada bekas pelajar Semsas SPM tahun 2006.
Di peringkat kumpulan, EXSAS 'A' yang bermain dalam kumpulan D terpaksa berhempas pulas untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas hanya mencatatkan 4 mata di hari pertama hasil kemenangan 12-0 dengan Ex-Sharks UMP, seri 0-0 dengan MAS Cougars dan tewas 0-8 dengan Ungku Husin Old Boys (UHOB).
Berlainan pula dengan skuad pelapis EXSAS EAGLES 'B' yang bermain dalam kumpulan C kerana mereka tewas 0-19 pada perlawanan pertama menentang Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Namun ianya tidak mematahkan semangat pemain muda pasukan untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan seterusnya. EXSAS 'B' bangkit menewaskan Kuantan Salvo 'B' 17-15 dan berjaya mendapat rentak sebenar pada perlawanan ketiga bertwmu MRRC. EXSAS 'B' menang 33-0.
Hari kedua merupakan hari penentuan kepada EXSAS 'A'. Tiga pasukan berentap untuk mencuri dua tempat teratas ke peringkat suku akhir. Seperti tiada pilihan, EXSAS 'A' perlu menang besar dengan Kuantan Armour dan berharap UHOB menewaskan MAS Cougars. EXSAS 'A' menang 17-0 namun masih belum cukup mampu untuk melayakkan diri selepas MAS Cougars menang 5-0 dengan UHOB. Maka berakhirlah misi EXSAS 'A".
EXSAS 'B' pula bergaya menjinakkan TUDM Scorpee pada hari kedua dan layak ke peringkat suku akhir menentang Kota Tinggi Loaders. Pada perlawanan suku akhir, EXSAS B tewas 0-10 dan seterusnya bermain di peringkat separuh akhir kategori Plate.
Hasil serangan dan pertahanan yang kemas, EXSAS B berjaya menewaskan Kuantan Salvo A, 14-7 dalam perlawanan yang agak seimbang dan mendebarkan di peringkat separuh akhir Plate. Perlawanan Akhir Plate sekali lagi mempertemukan EXSAS B dengan SSBP dan ternyata EXSAS B bukanlah tandingan mereka selepas mudah membenam Skuad Helang, 0-38.
Maka EXSAS B mengakhiri kejohanan tahun ini sebagai Naib Johan Kategori Plate dan menjadi 6 pasukan terbaik kejohanan yang disertai oleh 22 buah pasukan sekitar tanahair.
Perlawanan Akhir Cup menyaksikan JLJ juga mudah menjinakkan Kota Tinggi Loaders, 34-0. Tempat ketiga menjadi milik Ex-Lions dan keempat, MAS Cougars.
Berikut adalah pemain-pemain yang membawa cabaran EXSAS ke kejohanan tersebut.
Ucapan jutaan terima ksih kepada EXSAS atas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan. Ucapan terima kasih kepada Dato' Presiden yang meluangkan masa memberi motivasi kepada pemain. Juga kepada Bro Tahir dan ahli-ahli EXSAS lain yang tidak disebutkan. Terima kasih atas sokongan kalian.
Seterusnya, EXSAS EAGLES akan bermain dalam kejohanan berprestij SMSS Satang 10's pada 5-6 Mei akan datang bertempat di SM Sains Selangor, Cheras.