Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Besarnye mak datokkkkkk
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Besarnye mak datokkkkkk



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 3-Apr-2007 12:00
Siakap oh siakap
Hari ini terkejut bila habby bawa balik ikan siakap yang sungguh besar. Tak tau nak buat macamana. Besar sangat tak terlarat nak mengobeknya. Habby pun memang sengaja tak mau kerat ikan tu kerana nak tunjuk ikan yang besar setakat ini dia beli. Berapa kilo tak tau sebab tak de penimbang besar kat umah. Hanya mampu ukur ngan tali inci aje. Habby pun tak mau cakap berapa puluh ringgit dia membelinya. Jenuh memikir dan masak ape. Hari ini rasanye nak stim sekerat aje. Tak de ramai penduduk kat umah nak makan so kerat sikit masak stim dulu ari ni. Nanti resepi menyusul kemudian.
Quote:
Ikan Siakap Kukus
Bahan:
1 ekor ikan siakap
Bahan A
9 ulas bawang merah - tumbuk pecah-pecah
9 ulas bawang putih " "
3 biji cili api " "
2 batang serai - ketuk
3 inci halia "
2 sudu makan cuka
1 cawan air
2 sudu makan minyak bijan

Bahan B
3 biji buah tomato - potong bulat
6 tangkai daun sup dan daun bawang - potong pendek/ikut suka lah
1 labu bawang besar - potong bulat
1 sudu besar perencah AL-HILAL (kalau ada)
1 sudu teh serbuk lada sulah (putih)

Bahan C
5 biji cili api - potong nipis.
5 sudu besar kicap masin
1 sudu besar jus limau nipis
1 ulas bawang putih - tumbuk halus

Cara:
Perap ikan dengan garam selama 5 minit dalam bekas yang hendak dikukus. Sediakan pengukus, apabila mendidih masuukan kesemua bahan A ke dalam bekas ikan tadi. Kukuslah selama 5 minit, masukkan bahan B, kecuali serbuk lada sulah yang akan dimasukkan akhir sekali apabila ikan hampir masak. Kukus dan letakkan garam dan perasa, biar cukup rasa masam masinnya.Angkat.
Bahan C dicampurkan untuk dibuat pencicah ikan kukus nanti.

Serbuk AL_HILAI tu boleh di dapati kat kedai KOHILAL.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.